Thursday, August 31, 2017

Hadiah Saguhati Daripada Tesco Malaysia



Assalamualaikum.

*klik pada gambar untuk lihat post tersebut*

Awal bulan Ogos hari tu sudah viral dengan gambar perkahwinan pasangan Farhan & Syafikah di laman sosial page facebook Tesco Malaysia. Gambar pasangan telah mendapat perhatian oleh pihak berkenaan dan mereka telah meminta izin untuk memaparkan gambar pasangan ini di dalam page facebook Tesco Malaysia.

Sebagai ganjaranya, aku yang merupakan jurugambar mereka dan pasangan pengantin mendapat hadiah saguhati daripada pihak Tesco. Wehuuuu. Orang memberi, seluas padang bola kami tadahkan. Hahaha.



Pihak Tesco memberi hadiah saguhati berupa voucher bernilai RM100 untuk setiap seorang. Alhamdulillah, rezeki pengantin dan bakal pengantin ni. Dapatlah juga beli perkakas untuk persiapan rumah baru selepas kahwin. Hehehe


Terima Kasih Tesco Malaysia.


Read More

Wednesday, August 16, 2017

Cinta Tesco Farhan & Syafikah



Assalamualaikum.

Well, setiap orang pasti akan ada cerita cinta sendirikan? Lagi cantik dan manis bila kita abadikan cerita cinta itu dalam suatu bentuk yang membuatkan kita dan pasangan ingat sampai bila-bila.


Suatu kelainan daripada pasangan pengantin dua mempelai untuk job minggu ini, iaitu Farhan dan Syafikah.  Pasangan ini memilih untuk shoot outdoor di Pasaraya Tesco Bahau, Negeri Sembilan. Ini bukan idea daripada aku yang merupakan photographer official mereka tetapi idea asal daripada pasangan ini sendiri.

Katanya perkenalan mereka bermula di sini. Bekerja di bawah satu bumbung, siapa sangka jodohnya juga di bawah satu bumbung yang sama. Sweet dan sportingkan mereka. Hehehe








Untuk gambar pengantin yang selebihnya, boleh lihat di Page FB : Ekatikah Photography . 

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi:







Read More

Thursday, August 10, 2017

Sususan Dekorasi Barang Dapur



Assalamualaikum.









Bila tengok susunan barang dapur seperti di atas, rasa tak sabar nak deko dapur sendiri nanti. Hee. Lepas sahaja kahwin nanti dah duduk rumah sendiri. So masa tu bolehlah nak applikasikan deko impian sendiri. Tak lama mana pun, bulan depan je. InsyaAllah. Heee



Read More

Jenis Sayang Barang



Assalamualaikum.

Jujur aku katakan yang aku ni jenis yang sayang barang. Ibu sendiri pernah cakap yang aku masa kecil dulu, jenis sayang barang, jaga barang. Sebagai bukti, banyak mainan masa kecil aku dulu-dulu, masih elok lagi sampai sekarang tau. Hehehe


Gambar di atas sebenarnya nak tunjukkan baju itu je. Baju yang 7 tahun lepas, yang tak pernah pakai langsung, dah boleh pakai hari ni. Yeahhhh. Bukan nak puji badan dah kurus, tapi nak berithu yang baju ni punya aku simpan  baik sekarang ni baru pakai.

Ada sesetengah orang, tak boleh pakai terus bagi pada orang lainkan? Tapi aku tidak. Kalau aku yakin aku boleh pakai baju tu suatu hari nanti, aku akan simpan baju tu baik-baik. Kiranya sekarang ni still nampak baru walaupun dah 7 tahun yang lepas.

Maklumlah, dulu badan macam anak badak. Banyak baju sekolah yang dapat free tak berpakai. Hahaha. Bila sekarang ni bukan setakat boleh pakai, siap longgar lagi. Heee

Baju ni jumpa semula masa kemas nak kosongkan bilik hari tu. Selongkar itu ini, jumpa. Hahaha. Nasib aku nampak sendiri. Kalau ibu? Dia tengok baju aku tak pernah pakai dia aspect tak muat. So dia terus nak bagi orang. Eeeee, anak ibu sekarang dah kurus ok!. Hahahaha

Bila selongkar bilik, banyak rupanya baju-baju dan barang dulu aku simpan. Hahaha. Sampaikan aku cakap kat ibu, "tak rugi pun kan simpan baju-baju ni dulu. Sekarang Ika dah boleh pakaikan. Tak payah nak beli baju lain. Jimat". Ibu balas balik, "habis tu baju sekarang yang besar-besar tu nak buat apa?" Errrr Hahaha

Itu cerita baju. Balik semula pada cerita barang masa kecil dulu. Haa, banyak tau koleksi teady bear aku simpan. Daripada sekecik penumbuk sehinggahlah sebesar orang. Semua tu elok lagi. Ayah sampai cakap, " Simpan. Nanti boleh bagi anak Ika pula main semua ni." Hahaha, jauh sungguh fikiran ayah. Cik tunang pula dah warning, jangan nak simpan semua teady bear tu kat rumah lepas kahwin nanti erk. Hahaha. 

Mungkin dulu aku suka simpan barang, jaga barang seperti baju, mainan. Lepas kahwin ni nanti, suka simpan apa pula? Hahaha.

Ok, bye 





Read More

Saturday, August 5, 2017

Row Six Restaurant



Assalamualaikum.

Lama rasanya tak pergi hunting makanan. Diri sibuk dengan kerja luar & persiapan majlis kahwin yang tak lama lagi, jadi takde masa nak pergi jalan-jalan cari makan ni. Tapi tekak tu kadang-kadang terasa juga nak makan something yang lain. Asyik makan yang sama, nak juga tukar selera. kan?

Bulan lepas curi-curi masa pergi ke Row Six Restaurant. Bukan sekali, tapi dua kali. Hahaha. First time pergi dengan rakan sekerja dan kali kedua pergi bersama ibu ayah. Sedap memang sedap. Lagi satu menu-menu yang ada memang kena dengan selera ibu ayah nak makan time tu. Apa lagi, dapat gaji terus bawalah cerita dia. Hehehe


Selain daripada rasanya yang sedap, saiz hidangan makanan juga besar. Kalau tak silap, menu di atas ni namanya Tomyam Rice Noodle With Tenderloin. Pedas dia kaww habis. Boleh menangis makan wehh. Hahaha


Selain itu, kami juga cuba Flank Beef Noodle, Nasi Ketuk With Tandoori Chicken dan Red Bean With Coconut Cream. Lepas makan boleh buat tersandar kekenyangan tau. Hahaha

Daripada segi harga pula, berpatutanlah dengan rasa, servis dan saiz hidangan yang dihidangkan. Menu yang ada juga banyak pilihan. Restoran ini menyajikan hidangan daripada Negara Malaysia sendiri, Indonesia, Vietnam, Singapore dan Thailand. Jadi sesiapa yang nak mencuba makanan negara lain tu, boleh la datang ke sini. Tak perlu pergi jauh.

Lokasi: Aeon Bandaraya Melaka, Ground Floor



Makan bertiga je. InsyaAllah lepas-lepas ni berempat. Ehemm. Heee

Sekian ~




Read More