Wednesday, March 30, 2016

Diet Atkins Bulan Keempat



Assalamualaikum.

Bulan pertama hingga bulan ketiga, betul-betul ikut rules diet atkins. Mana yang tak boleh dan rasa was-was memang tak sentuh langsung. Set dalam mind, " kau nak sihat dan kurus, buat betul-betul!"

Alhamdulillah ini masuk bulan keempat amalkan diet atkins. Bermula pada bulan 12 tahun lepas dan hingga sekarang amalkan diet yang sama. Sekarang dalam proses reinduction semula sebab last 2 weeks busy sangat ke sana ke sini sampai makan pun tak jaga. Heee


Hasil daripada menahan nafsu makan macam hantu dulu, dapatlah perbezaan dahulu dan sekarang seperti gambar di atas. Alhamdulillah, bersyukur sangat bila orang nampak perbezaan kita dan yang paling penting badan rasa lebih sihat daripada sebelum ini. 

Ramai yang PM di FB dan WhatsApp bertanyakan apa menu-menu harian. Kalau nak listkan semua memang tak ingat. Tapi yang pasti simple-simple dan sedap. Heee. Ada juga yang bertanyakan, tak jemu ke makan menu yang sama? For me, susah untuk ada rasa jemu. Kadang-kadang seminggu tu boleh 4 ke 5 kali menu yang sama. Hehehe

Mereka yang nak tahu menu-menu ringkas tu, seperti di bawah ye: 


Pagi:
telur rebus, telur goreng letak cheese, telur dadar letak cheese, pizza telur, muffin telur, telur + ikan bilis goreng, telur setengah masak, telur gulung inti sardin/tuna ( sardin ambil ikan sahaja/tuna in water ), telur bungkus inti isi ayam+cheese, salad dan timun jepun
T/hari:
kuey teow goreng ( telur dadar nipis2 ) ikan goreng kunyit, ayam goreng kunyit, ikan bakar daun pisang, ayam bakar mix herb, ayam bakar paprika, sup ayam, sup daging, sayur bayam tumis air, kubis goreng telur, sawi goreng telur, salad, timun jepun, sambal ikan serai, sambal telur, sambal ayam serai, hati goreng kunyit, ikan salmon bakar
Petang/lepas makan t/hari:
minum green tea.
Mlm tak makan. Tapi kalau lapar, goreng telur cecah mayonis dgn timun jepun

Walaubagaimanapun disarankan, jangan bergantung pada diet 100%. Sambil-sambil diet, buatlah senaman sesekali bagi fitkan badan kita yang dulu lemah dengan lemak-lemuk tepu. Hahaha. Satu lagi, bersenam juga dapat mengurangkan ukur lilit badan. Mungkin berat lambat turun, tetapi percayalah ukur lilit badan mesti berkurang. Tidak kisah jogging ke, main badminton ke, ataupun berzumba. Macam kite ni, seminggu 4 ke 5 kali pergi gym. Hehehe

Walaupun nampak perubahan ketara, berat badan masih belum mencapai berat ideal iaitu sekitar 60kg-55kg. Bila ayah tanya nak diet sampai bila? Kite ni cakaplah nak capai berat 55kg baru stop diet. Dia punya bising, bukan main. Hahaha. Dia taknak anak dia ni kurus macam batang lidi. 

Pada kauorang yang tengah berdiet atau baru nak mula berdiet, setkan dalam minda apa tujuan untuk berdiet. Tolak tepi apa orang sekeliling cakap yang negatif dan yang positif ambil sebagai semangat. InsyaAllah, buat dengan konsisten kauorang akan dapat hasil yang diidamkan. Hee. Goodluck semua 

P/s: Siapa nak tahu menu lulus atkins yang kite makan setiap hari, jengoklah sini. Hehe


Read More

Ikan Dori Goreng Kunyit



Assalamualaikum.



Breakfast pagi tadi istimewa sikit daripada hari-hari sebelumnnya iaitu ikan dori goreng kunyit dan dihias dengan hirisan telur dadar beserta daun salad. Mayonis kewpie dan cheese parmesan pula sebagai topping hidangan. Makan sehingga menjilat sudu tau. Heee

Hanya perlu salutkankan isi ikan dori dengan sedikit serbuk kunyit, secubit garam dan kemudiannya gaulkan sehingga rata. Gorengkan di dalam kuali yang minyak sudah panas sehingga warna kekuningan. Ok, siap.

Texture isi ikan dori yang lembut membuatkan lagi sedap dan menyelerakan untuk dimakan. Nama pun untuk breakfast, jadi masak simple je. Lepas ni nak cuba ikan dori masak berlada dan ikan dori bakar. Mohon rajinkan diri. Hahaha

Kbye 




Read More

Saturday, March 26, 2016

Bio Oil Menghilangkan Kesan Regangan Kulit (Stretch Mark)



Assalamualaikum.

Masalah regangan kulit atau stretch mark bukan hanya berlaku pada mereka yang mengandung sahaja, malah juga boleh berlaku pada mereka yang saiz berbadan besar. 

Tidak dinafikan, badan yang dahulunya besar dan kini beransur-ansur mengecik, akan menyebabkan kelihatannya kesan regangan kulit terutama pada bahagian kulit perut.  Diri bertambah risau apabila dengar orang cakap, susah nak hilangkan kesan regangan pada kulit ni.
Diri sendiri tengok pun rasa takut.


Walaubagaimanapun, perasaan risau dan takut pada kesan regangan kulit ini dapat di atasi dengan menggunakan produk Bio Oil. Alhamdulillah sedikit lega bila ada yang mencadangkan produk ini adalah salah satu cara untuk menghilangkan kesan regangan kulit. 


Bio Oil ini mengandungi vitamin A, vitamin E dan hasil gabungan minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Komomil. Selain boleh menghilangkan kesan regangan kulit, Bio Oil juga boleh menghilangkan parut, warna kulit tidak sekata, penuaan kulit serta kulit kering. 

Untuk dapat kesan yang memberansangkan, sapukan pada kulit 2 kali sehari sekurang-kurangnya selama 3 bulan. 

Ini baru percubaan, jadi beli botol kecil dahulu. Hopefully selepas 3 bulan menggunakan Bio Oil ini, ada jugalah hasilnya. Heee. Badan nak shape cantik, kulit pun mestilah cantik.  



Read More

Thursday, March 24, 2016

Spontaneous Thursday #59: Always Appreciate What You Have



Assalamualaikum.




Read More

5 Cara Menikmati Milo



Assalamualaikum.

Siapa di sini penggemar milo? Yeahh, kita sama. Tapiii semenjak amalkan diet, langsung tak sentuh milo dah. Hee, mampu tengok sambil terliur sahajalah. 


Setiap orang ada cara tersendiri untuk menikmatinya. Antaranya daripada segi minuman. Bukan hanya ada milo panas, milo ais, milo tabur sahaja. Malah mereka yang kreatif dan mempunyai citara berlainan, pandai menggabungkan antara milo dan perisa lain. Sebagai contoh, mix between coffea and milo. Kauorang yang tekak boleh terima, memang layan la. Hehehe



Selain daripada itu, ada juga sesetengah orang suka menikmati milo bersama roti. Sapukan milo atas kepingan roti. Kalau nak lagi sedap, bakarkan. Makan sementara milo melting. Ushh, jilat jari sehh. Hahaha





Mereka yang sukakan kelainan, boleh cuba buat atau beli aiskrim, kek atau agar-agar berperisa milo. Ingat lagi, dulu masa duduk rumah dengan ibu selalu buat agar-agar milo. Makan time cuaca panas, buat penyejuk tekak.


Maggi Kari Milo? Tak tahu apa rasa sebab combination pedas dan manis. Nak tahu? Kauorang bolehlah try nnt erk. Heee

Lain orang lain cara menikmati sesuatu itu. Mungkin kauorang ada cara lain daripada yang di atas. Meh la share. Kot-kot ada yang makan buah cecah milo ke. Eh. Hahaha  

P/s: Dulu kalau tak tahan lapar sangat, pergi dapur ratah serbuk milo. Hahaha. Buruk nau perangai 




Read More

Wednesday, March 16, 2016

WW #61: Tips Hubungan Jarak Jauh



Assalamualaiku.


P/s: Rindu awak yang di sana 


Read More

Thursday, March 10, 2016

Menu Favorite Atkins #1: Egg Roll



Assalamualaikum.


Setiap hari aku akan pelbagaikan menu supaya tidak cepat jemu dan bosan untuk makan. Maklumlah, diet atkins banyak pantang larangnya. Itu tak boleh ini tak boleh. Eh silap, belum boleh. Hehehe

Jadi salah satu menu favorite untuk breakfast yang aku selalu buat dan sangatlah mudah untuk dibuat ialah, egg roll. Mudah untuk dibuat satu hal, lagi satu sedapnya lebih kurang feeling macam makan sushi tau. Hahaha


Bahan-bahan basic untuk membuat egg roll seperti, telur dadar nipis-nipis, timun jepun, dan cheddar cheese. Kalau nak pelbagaikan inti, tambah sardin ( isi ikan sahaja ) atau tuna in water pun boleh. Satukan semua dan gulung. Siap dan makan bersama mayo kewpie. Ushhh, menjilat jawi wehh. Hahaha

Sebenarnya banyak je menu-menu best masa buat diet atkins ni. Cuma terpulang pada diri rajin atau tidak sahaja. Heee 



Read More

Wednesday, March 9, 2016

Anda Peminat Team Bola Manchester United? Tengok Sini!



Assalamualaikum.


Anda peminat team bola Manchester United? Jom tempah bantal handmade comel lagi kreatif ni. Hehehe


Saiz: 40cm x 40cm
Material: kain felt


Feedback customer tersayang. Terima kasih adik manis. Akak jual ye. 

Instagram: EkatikahCraft


Read More

Wordless Wednesday #61: Idea-Idea Untuk Organize Peralatan Jahitan



Assalamualaikum. 


 

 

 





P/s: Rasanya boleh dah kemas barang craft yang berselerak kat bilik tu. Hahaha  







Read More

Sunday, March 6, 2016

Suka Barang Handmade Kreatif Yang Comel? Jom Follow Sini!



Assalamualaikum.


Finally, EkatikahCraft ada akaun instagram sendiri. Bukan apa, sebelum ini share gambar semua kat akaun peribadi. Jadi, untuk memudahkan urusan supaya tidak bercampur aduk antara perniagaan dan peribadi, aku buatkan satu akaun baru. Tambahan pula, instagram sudah boleh log in akaun instagram lebih daripada dua tanpa perlu log out.


Lepas ni semua berkaitan dengan craft akan diupdate di situ selain daripada Page Fb EkatikahCraft sendiri. Pada yang nak tahu update terkini, nak tengok sample bantal-bantal atau sebarang hasil kerja, jemputlah follow. Nanti aku follow balik. Heee 

Instagram: EkatikahCraft
FB Page: EkatikahCraft

P/s: Tempahan masih dibuka pada mereka yang mahu menempah. Tapi diingatkan, tempahan urgent tidak akan diterima tau. Hehehe 


Read More

Saturday, March 5, 2016

B'Belle Instant Shawl by Bella Ammara Available At All Bella Ammara Boutique



Assalamualaikum.


Pada BellaAmmaraLovers di luar sana pasti tahu akan pengeluaran produk terbaru mereka iaitu B'Belle Instant Shawl yang menjadi bualan hangat masa kini.  B'Belle Instant Shawl telah mencapai jualan melebihi 10,000 unit dalam 1 minggu semasa pre-order dibuka pada 10th Feb lepas.


B'Belle Instant Shawl dilancarkan pada minggu lepas di butik cawangan Shah Alam dan pada hari ini pula akan direlease di semua cawangan butik Bella Ammara. Pada mereka yang tidak dapat nak grab minggu lepas, bolehlah dapatkan di butik mereka mulai hari ini.


Aku juga tidak mahu ketinggalan daripada memiliki salah satu koleksi B'Belle Instant Shawl. Waktu lunch hour tadi ajak akak office pergi butik Bella Ammara cawangan Bangi. Rata-rata mereka yang ada dalam butik mencari B'Belle Instant Shawl. 


Setengah jam sahaja duk belek instant shawl tu. Bukan apa, jadi rambang mata bila lihat pelbagai warna yang menarik. Kalau ikutkan nafsu, mahu semua aku grab. Hahaha.


 B'Belle Instant Shawl ini adalahlah daripada material Royal Quality Korean Chiffon ( Import terus daripada South Korea ) dan di datangkan sekali dengan kotak exclusive yang pasti menambat hati si pembeli. 


Ok, hakak dah memiliki salah satu warna B'Belle Instant Shawl. InsyaAllah next time boleh beli untuk ibu pula. Mana tahu dia berkenan. Hehehe

Pada mereka yang tidak dapat ke butik, bolehlah membeli secara online di website yang tertera di bawah.


P/s: Ini pertama kali beli instant shawl tau. Sebelum ni pakai shawl biasa, lilit sendiri. Hahaha



Read More

Thursday, March 3, 2016

Spontaneous Thursday #58: Biarlah Nampak Gemuk



Assalamualaikum. 


P/s: Ibu selalu pesan, kurus nanti jangan pula pakai baju ikut badan. Pakai baju biar longgar. Tapi seriusly, bila dah biasa pakai baju longgar dan tetiba pakai baju ikut badan, mesti akan rasa tak selesa. Betul tak tipu. Hehehe 



Read More

Tuesday, March 1, 2016

Pengalaman Pertama Mendaki Bukit Broga



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, akhirnya niat nak panjat Bukit Broga tercapai juga. Minggu lepas, plan dengan kawan office ajak panjat Bukit Broga. Plan punya plan, lastnya hanya 5 ketul je yang pergi. Mula-mula bukan main ramai. Hahaha

Kalau nak tengok matahari terbit, seeloknya mulakan perjalanan seawal 6 pagi. Sampai atas dalam pukul 7 macam tu. Kira sempat la tengok matahari terbit. 


Nampak tak kesungguhannya di situ? Nasib baik kotor je, tak koyak. Hahaha


Sebenarnya yang paling mencabar adalah masa nak turun bukit. Bukit yang curam, salah step kaki boleh tergelincir. Nasib ada disediakan tali sebagai pemegang.


Apabila dah penat mendaki, mesti perut kosong + tekak haus. Jangan risau, kat bawah dah tersedia menunggu anda gerai di pondok kecil. Macam-macam ada jual. Coconut shake pun ada tau. Haa jangan main-main. Hahaha


Bukit Broga dah ku daki, next? Hahaha



Read More