Tuesday, September 8, 2015

Resepi: Sambal Sotong Sumbat


Assalamualaikum.

Ahad kelmarin cuba resepi baru. Menu yang bertemakan lauk-pauk. Scroll punya scroll fb, nampak orang post resepi. Haa apa lagi, tangan gatal nak cuba. Sabtu balik kerja terus pergi pasar malam Bandar Baru Bangi, untuk cari bahan-bahan yang takda. Ingat nak masak malam tu, tapi balik kerja penat. Esok cuti, masak esok sahajalah.


Tung tang tung tang kad dapur rumah, siaplah Sambal Sotong Sumbat!

Resepi Sambal Sotong Sumbat:

Bahan-bahan:
 4 ekor sotong putih
 bawang merah dan putih ( dicincang atau di tumbuk )
 cili kisar
 garam dan gula
 asam jawa extra Adabi

Bahan-bahan inti:
 2 biji telur
 3 atau 4 biji cili padi ( kalau nak pedas )
 5 batang kacang buncis
 1 batang brokoli putih
 sedikit garam
 sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara penyediaan:
 pukul telur bersama cili padi, bawang merah, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
 masak atas kuali macam buat scramble egg.
 masukkan kacang buncis dan brokoli putih, kacau dan kemudian sejukkan.
 sumbat inti tadi dalam sotong yang telah dibersihkan.
 kemudian sumbatkan kepala sotong di atas sekali sebagai penutup.
( kat rumah takde lidi. hikhik )
 panaskan minyak dan kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih.
 setelah naik bau, masukkan cili kisar.
 setelah pecah minyak masukkan air asam jawa dan kacau.
 tambahkan sedikit air dan kacau lagi.
 setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
 akhir sekali masukkan sotong yang telah disumbat inti tadi.
 masak sehingga sotong empuk dan sudah boleh dihidang bersama nasi.
Mudah bukan? Bahan pun bukan susah mana nak cari. Hehehe. Ok, selamat mencuba 
Lepas ni nak cuba resepi apa pula ye? 

P/s: Konon nak masak untuk makan lunch. Sudahnya makan petang. Pagi tu cabut pergi Putrajaya sekejap. Nak testing shoot pakai boyprenn baru. Hikhik. Okbye


5 comments:

Belang Tarung said...

makan ni mau tambah 6 periuk nasi dlm satu2 mase

marshalizadotcom said...

Wah boleh cuba ni...

Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

Unknown said...

Dik pndh sni leh masak utk akak.. hehe

Kak iman said...

si kecik ni dah besaq ka???? mai nk tgk..
namapak mcm sodap tpi rasanya...ermmmmm jap nk nilai

Nadratul Syazwana said...

Selama ni dengar tauhu sumbat je. Sotong sumbat ni pun macam menarik kan :B