Friday, August 14, 2015

R E Z E K I



Assalamualaikum.


" Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu

tapi memberikan apa yang kita perlu  "


Masih berminat dengan Couple Pillow Handmade ni? Harga PROMOSI masih ada tau. InsyaAllah last Ahad ini atau mungkin dilanjutkan lagi. Itu akan diberitahu kemudian. Mungkin promosi ada lagi tapi tidak seMURAH ini. Heee. Jom cepat-cepat grab sebelum terlepas 
HARGA PROMOSI RAYA
Couple Pillow sai A4 RM30 (exclude postage)
- boleh request design dan warna
- jahitan tangan sepenuhnya
Jika berminat untuk menempah ada ada sebarang pertanyaan boleh hubungi di:
WhatsApp: 017-305 0597
Facebook: Eka Tikah

P/s: Nama sahaja couple pillow, tidak semestinya nama yang diletak untuk mereka yang couple sahaja. Hehehe. Kite bagi nama couple pillow sebab bantal ni sepasang. Kalau nak letak ayat lain pun boleh .



Read More

Wednesday, August 12, 2015

Wordless Wednesday #56: Gambar Budak Kelas Depan Vs Gambar Budak Kelas Hujung-Hujung



Assalamualaikum.


Korang ghaseeee? 


Read More

Tuesday, August 11, 2015

EkatikahCraft: Promosi Couple Pillow



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, last week banyak sungguh tempahan yang diterima. Mungkin sebab ada harga promosi. Ramai yang tidak mahu lepaskan peluang yang ada. Hehehe







Promosi masih berjalan dan insyaAllah sehingga hujung minggu ini. Maklumlah, promosi hari raya katakan. Hehe. Details promosi seperti di bawah:
HARGA PROMOSI RAYA
Couple pillow saiz A4 hanya RM30 ( exclude postage )
- boleh request design dan warna
- jahitan tangan sepenuhnya
Jika berminat untuk menempah ada ada sebarang pertanyaan boleh hubungi di:
WhatsApp: 017-305 0597
Facebook: Eka Tikah

Ramai customer yang tempah dan tulis nama pasangan masing-masing. Ada juga pelanggan yang tempah untuk majlis perkahwinan mereka. Nak letak atas pelamin katanya. Hehehe

Ok la, siapa berminat, meh cepat-cepat WhatsApp atau pm di FB sebelum harga promosi tamat 



Read More

Monday, August 10, 2015

Kad Raya Kedua Daripada Blogger Ruqaiyah Amanina



Assalamualaikum.


Ahad semalam balik rumah kat Melaka kejap sebab ada urusan penting pagi Isnin tadi. Hehe. Sampai-sampai rumah petang semalam, ibu cakap " haaa, tu ada kiriman untuk Ika " 

Yeahh kita dapat kad raya lagi. Hehehe. Kalau ikutkan raya tahun ini, ini adalah kad raya kedua selepas kad raya pertama iaitu daripada kak Fiza. Tq awak, Ruqaiyah Amanina. Bukan hanya kad raya, siap ada name card dengan penanda buku lagi. Comel sungguh .

Kita nak review blog awak kite tak pandai. Hee. Siapa nak tahu owner kepada Sehijau Blog Ruqaiyah Amanina, bloglah terjah ke blog dia  http://www.naniena.com/ . Satu yang pasti, mesti dia suka warna hijau sebab blog di diwarnai dengan warna hijau .

Ok, Terima kasih sekali lagi 





Read More

Sunday, August 9, 2015

Nasi Kerabu Wan Atik



Assalamualaikum

Tidak dapat dinafikan aku adalah salah seorang penggemar nasi kerabu. Mana-mana pergi, mesti cari nasi kerabu. Tapi.. Tengok juga lauk dan sayur yang digunakan. Kalau guna tauge, sorry to say la. Hahaha

Jadinya malam semalam pergi Pasar Malam Bandar Baru Bangi Seksyen 16 untuk beli nasi kerabu. Orang ramai kata kat sini Nasi Kerabu Wan Atik is the best! So apa lagi, beli la. Lagi pun dah lama sangat nak rasa Nasi Kerabu Wan Atik ni. Sebab kawan office duk kata sedap sedap, rugi tak rasa. Haa, orang kelantan yang kata tu. Maksudnya betul-betul sedap la tu kan.



Bila sudah rasa, not bad la. Sedap memang sedap. Tapi kalau lebih cili tu lagi bertambah sedap kot. Hikhik. Gambar di atas adalah Nasi Kerabu Ayam Percik. Seperti nasi kerabu yang lain, ada sayur, cili, budu dan telur masin. Cuma nasi kerabu ni takda keropok. Hmm. Tak pasti sama ada dah habis atau memang takde. Pergi time tu pun dah lewat. Heee

Mungkin lepas ni boleh cuba nasi kerabu daging salai pulak atau mungkin juga nasi kerabu special. Nak juga tahu apa yang specialnya tu. Hehehe

 Ikutkan Nasi Kerabu Wan Atik ni merupakan salah seorang customer kat tempat kerja. Tak tahu pula nasi kerabu dia memang sedap. Agak-agak kalau pergi cakap " Eh bang, signboard abg ni sayalah yang design" dapat diskaun tak? Hahaha 

Ok, korang tahu tak lagi mana nasi kerabu yang sedap-sedap area Kajang atau Bangi? 



Read More

Friday, August 7, 2015

Slip Kiriman Pos Laju Terkini



Assalamualaikum.



Hari rabu lepas cabut sekejap pergi Kanter Pos Laju di Metro Kajang untuk pos barang customer. Sampai-sampai situ, nampak 1 nota tertera seperti gambar di atas. 

- lama -

Penggunaan slip kiriman pos laju yang baru telah mula digunakan bermula 1 Ogos yang lepas. Yang dahulunya berwarna oren dan kini yang baru bewarna cokolat. So lepas ni boleh siap-siap ambil slip kiriman pos laju yang baru banyak-banyak. Bukan apa, sebelum nak pos barang, siap-siap tulis semua details dulu. Tak perlu nak ambil no ke, tunggu pergi kaunter ke. Sampai di kaunter tinggal nak pos je. Jimat masa di situ kan?. 

- baru -

Slip kiriman pos laju yang baru mempunyai sedikit kelainan. Terdapat barcode di slip kiriman. Mungkin ini lagi memudahkan para pengguna kiriman pos laju terutama pada pembeli dan perniaga online. 

Selama ini tidak pernah lagi menggunakan khidmat pos lain. Alhamdulillah setakat ini, apa sahaja barang yang di pos menggunakan khidmat Pos Laju sampai dengan selamatnya. Hehehe. Pos Laju terbaikkk! 

P/s: Korang pernah guna perkhidmatan pos selain Pos Laju tak? 


Read More

Thursday, August 6, 2015

Spontaneous Thursday #56: Bau Perfume & Tempat



Assalamualaikum.


P/s: Kalau tempat yang hari-hari kita lalu, hari-hari kita lihat seriously susah nak lupa. Hmm  


Read More

Monday, August 3, 2015

Cashout ChurpChurp Kali Ke-2



Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Setelah sekian lama tunggu cukup earnings untuk cashout, Khamis lepas berjaya juga untuk cashout. Boleh sampai berjambang nak menunggu earnings cukup untuk cashout ni. Hahaha

Ini merupakan cashout untuk kali kedua. Kali pertama tahun 2013 yang lepas. Tak banyak mana pun tapi syukur. Boleh la buat simpanan dalam bank sikit-sikit. Hehehe

Ok, boleh sambung kumpul earnings balik. 



Read More

Saturday, August 1, 2015

Harga Minyak Turun 10sen Bermula 1 Ogos



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, bermula 1 Ogos 2015 harga minyak RON95, RON97 dan diesel turun 10sen. Walaupun sedikit, itu sudah cukup melegakan para rakyat terutama mereka yang menggunakan kenderaan sendiri.

Sebelum dapat tahu minyak turun, ada juga dengar ura-ura mengatakan minyak naik. Haishhh, kite ni pantang dengar minyak naik. Balik kerja semalam terus pergi isi minyak full tank. 

Kononnya betullah dengar ura-ura minyak naik. Terus call ayah semata-mata nak beritahu berita tu. Tengoklah apa respon ayah. Hahaha   



Minyak turunkan? Jadi masih bolehlah pergi kerja naik kereta. Hahaha. Ok bye.




Read More