Thursday, April 23, 2015

Tiada Lagi Alasan


Mungkin salah satu sebab kenapa jarang update blog kerana busy dengan kerja sampai tiada masa untuk update walaupun satu post. Tetapi ini sebab lagi utama dan kini sebab itu dapat di atasi. Cewahhh
* ayat tunggang-langgang sebab dah lama tak mengarang. Haha *

Dulu masa belajar rajinlah update sebab online guna broadband dan selang-seli guna wifi kolej. Sekarang dah kerja, broadband pun dah terminate, wifi yang ada kat office pun tak dapat nak online selalu sebab kerja banyak. 

Apabila difikir-fikirkan baik buruk semuanya, ambil keputusan untuk beli plan internet bulanan. Nak guna broadband celcom dulu, macam tak best. Line pun ciput je. Hehe

Dipendekkan cerita, semalam balik kerja terus pergi Econsave untuk beli sedikit barang dapur nak masak malam nanti. Lepas dah penat pilih barang, apa lagi balik la kan. Masa otw nak balik tu, ternampak dan hati terdetik utk singgah di kiosk U Mobile. Cerita punya cerita. Macam menarik je pakej yang ditawarkan, terus deside nak amek pakej bla bla bla.



Inilah hasilnya. Hehe

Lepas ini tiada lagi alasan dan masalah nak update post atau blogwalking tengah malam ke tengah pagi ke. Tapi tidaklah sampai tak tidur malam. Ada nnt esok masuk kerja mata panda sebab online semalaman. Haha

Meh sini tinggalkan link blog. Kita nak blogwalking sampai lebab biji mata. Haha

P/s: Siapa sini pakai plan internet U Mobile? Ok tak? Hehe.

0 comments: