Sunday, April 26, 2015

Kisah Di Pam Angin Petronas

 

*gambar ciplak daripada Google*

Sudah namanya tempat pam angin, for surelah yang parking di sini hanya pada mereka yang mahu pam angin tayar. Tetapi masih ada lagi segelintir masyarakat yang sambil lewa parking kat situ berjam-jam buat macam parking sendiri sambil tunjuk muka tidak bersalah. Ishhh. Geram ni geram!

Ceritanya semalam. Berkejar jugalah nak pergi kerja sebab bangun terrrlewat. Hihi. Check-check tayar macam kurang angin. So otw nak pergi kerja tu singgah pam minyak Petronas Jalan Reko. Beriya ni cari mana tempat isi angin ni. Sekali toleh ada kereta. Ok, takpe. Dalam fikiran, "ohh nak pam angin juga kot" Tunggu punya tunggu, tak bergerak. Haishhh, tidur ke apa orang dalam kereta tu. Aku dah la nak cepat pergi kerja. 

*gambar ciplak daripada Google*


Fedap pulak tunggu lama-lama. Memang tak lain tak bukan kau bukan pam angin, kau parking kat situ. Angin naik dah ni. Fuhhh tahan tahan. Lastly decide balik nntlah baru pam angin. Bila sudah beredar dalam seminit dua, tengok orang tu dengan berlenggang-lengguk jalan masuk kereta.

Pehhh, buat muka tak bersalah. Menyirap pulak hati kita. Kalau ikutkan hati, nak aja aku sound setepek. Haa rasakan.

Please la jangan buat macam ini. Tempat pam angin tu bukan untuk parking. Kalau sekejap mungkin boleh terima. Ini tidak. Lama satu hal, lepas tu bukan nak bergegas. Boleh pula slow kau jalan macam itik pulang petang. Huh!

 

2 comments:

hana hadi said...

pernah jadi cmni. huhuhu tapi orangnya xmuncul2

Unknown said...

Itu jns pntgkan diri je.