Thursday, April 30, 2015

Spontaneous Thursday #53: Hadirnya Seseorang Bersebab





P/s: Lama rasanya tidak mendoodle. Ada sesiapa rindu doodle daripada kita tak? Hehehe



Read More

Wednesday, April 29, 2015

Resepi: Roti Pita Inti Daging Black Paper




Sekarang ni nak beli makanan di luar mesti fikir dua tiga kali sebelum beli. Apa yang difikirkan? " Nak makan apa ye?" "Mana sedap ye?" "Agak-agak mahal tak?" "Bersih ke tidak dia masak ni?" dan bla bla bla.. Cerewet! Hahaha

Malas nak fikir panjang, baik masak sendiri kat rumah. Beli bahan-bahan yang perlu, tung tang tung tang kuali kat dapur, siap! Hikhikhik

Kelmarin tekak terasa nak makan roti pita. Jadi terhasillah Roti Pita Inti Daging Black Paper version sendiri. Resepi? Scroll di bawah. Mohon jangan terliur lihat. 
.
.
.


Resepi Roti Pita Inti Daging Black Paper


Bahan utama, semestinya roti pita.


Bahan tumisan inti adalah seperti daging cincang, hirisan bawang merah, cili api ( untuk mereka yang suka pedas ), lobak merah, tomato kecil dan serbuk black paper. Salad juga dihiris.



Cara membuatnya cukup senang teramat!. Tumiskan semua bahan tumisan inti tadi, kecuali salad. Belah dua roti pita dan panaskan di atas hot pan dengan api yang perlahan. 

Akhir sekali, masukkan inti daging black paper yang sudah ditumis dan selang-selikan dengan salad yang dihiris tadi. Letakkan sos dan mayonis untuk rasa yang lebih terangkat. Cewahh. 

Mudah bukan? Selamat mencuba 



Read More

WW #55: Icon Penting Yang Perlu Kita Tahu Sebagai Seorang Pemandu




P/s: Betul ke tidak, lelaki lebih tahu icon-icon penting di atas daripada perempuan? Hehe 


Read More

Monday, April 27, 2015

EkaTikah Craft: Turtle Pillow



Lama rasanya tidak update tempahan craft customer. Order pula tak dapat nak terima banyak-banyak kerana banyak habis masa menyiapkan album wedding customer. Alhamdulillah, rezeki Allah tidak putus-putus sampai kadang-kadang tak cukup tangan nak buat seorang diri. hihi


Hari ini nak update order bantal turtle daripada blogger Kak Ika Pukpuk.
Terima kasih kak Ika. Saya jual ye.  

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh direct WhatsApp / SMS 017-3050597 



Read More

Sunday, April 26, 2015

Kisah Di Pam Angin Petronas


 

*gambar ciplak daripada Google*

Sudah namanya tempat pam angin, for surelah yang parking di sini hanya pada mereka yang mahu pam angin tayar. Tetapi masih ada lagi segelintir masyarakat yang sambil lewa parking kat situ berjam-jam buat macam parking sendiri sambil tunjuk muka tidak bersalah. Ishhh. Geram ni geram!

Ceritanya semalam. Berkejar jugalah nak pergi kerja sebab bangun terrrlewat. Hihi. Check-check tayar macam kurang angin. So otw nak pergi kerja tu singgah pam minyak Petronas Jalan Reko. Beriya ni cari mana tempat isi angin ni. Sekali toleh ada kereta. Ok, takpe. Dalam fikiran, "ohh nak pam angin juga kot" Tunggu punya tunggu, tak bergerak. Haishhh, tidur ke apa orang dalam kereta tu. Aku dah la nak cepat pergi kerja. 

*gambar ciplak daripada Google*


Fedap pulak tunggu lama-lama. Memang tak lain tak bukan kau bukan pam angin, kau parking kat situ. Angin naik dah ni. Fuhhh tahan tahan. Lastly decide balik nntlah baru pam angin. Bila sudah beredar dalam seminit dua, tengok orang tu dengan berlenggang-lengguk jalan masuk kereta.

Pehhh, buat muka tak bersalah. Menyirap pulak hati kita. Kalau ikutkan hati, nak aja aku sound setepek. Haa rasakan.

Please la jangan buat macam ini. Tempat pam angin tu bukan untuk parking. Kalau sekejap mungkin boleh terima. Ini tidak. Lama satu hal, lepas tu bukan nak bergegas. Boleh pula slow kau jalan macam itik pulang petang. Huh!

 


Read More

Friday, April 24, 2015

Eye Brows Untuk Mr Froggy




Sekarang sudah jadi trend bagi kereta myvi pasang eye brow dan eye lip pada bahagian lampu hadapan kereta. Apa, kereta pun ada eye brow eye lip ok. Kereta pun nak bergaya. Cewahh. Haha

Asal keluar, merata sudah kereta myvi pasang eye brow ni. Haishhh jeles mak jemah dibuatnya. Hahaha. Kita pun nak pasang juga kat Mr Froggy a.k.a Kodok kita. Hihihi

Pergi survey kedai aksesori kereta merata-rata semata nak cari eye brow kereta myvi. Survey punya survey, rupanya eye brow ni ada dua jenis material. Satu material plastik ( kalau tak silap ) dan satu lagi material sticker. 


Harga pula yang sticker lagi murah daripada yang plastik. Hmm bila difikir-fikirkan semula, diri sendiri kerja kedai sticker kenapa perlu beli sticker kat kedai lain. Ye dok? Haha




Apa lagi, buat kat tempat kerja sendirilah jawabnya. Sticker pun memang sebiji sama macam kat kedai aksesori kereta. Minta tolong kawan tempat kerja buatkan. Haa, sekejap siap. 



Tadaaa, inilah hasilnya. Mr Froggy sudah ada eye brow. Semart tak semart tak? Hikhik. Sikit-sikit nak upgrade Mr Froggy. Tapi lepaskan dahulu roadtax kereta pertengahan tahun ni baru boleh fikir yang lain. Hahaha

Ada sesiapa di sini geng myvi? Kita geng sepp sikit. Hihi




Read More

Thursday, April 23, 2015

Tiada Lagi Alasan



Mungkin salah satu sebab kenapa jarang update blog kerana busy dengan kerja sampai tiada masa untuk update walaupun satu post. Tetapi ini sebab lagi utama dan kini sebab itu dapat di atasi. Cewahhh
* ayat tunggang-langgang sebab dah lama tak mengarang. Haha *

Dulu masa belajar rajinlah update sebab online guna broadband dan selang-seli guna wifi kolej. Sekarang dah kerja, broadband pun dah terminate, wifi yang ada kat office pun tak dapat nak online selalu sebab kerja banyak. 

Apabila difikir-fikirkan baik buruk semuanya, ambil keputusan untuk beli plan internet bulanan. Nak guna broadband celcom dulu, macam tak best. Line pun ciput je. Hehe

Dipendekkan cerita, semalam balik kerja terus pergi Econsave untuk beli sedikit barang dapur nak masak malam nanti. Lepas dah penat pilih barang, apa lagi balik la kan. Masa otw nak balik tu, ternampak dan hati terdetik utk singgah di kiosk U Mobile. Cerita punya cerita. Macam menarik je pakej yang ditawarkan, terus deside nak amek pakej bla bla bla.



Inilah hasilnya. Hehe

Lepas ini tiada lagi alasan dan masalah nak update post atau blogwalking tengah malam ke tengah pagi ke. Tapi tidaklah sampai tak tidur malam. Ada nnt esok masuk kerja mata panda sebab online semalaman. Haha

Meh sini tinggalkan link blog. Kita nak blogwalking sampai lebab biji mata. Haha

P/s: Siapa sini pakai plan internet U Mobile? Ok tak? Hehe.


Read More