Tuesday, February 3, 2015

Model Myvi Baru (Facelift)



Tahun baru 2015, Perodua telah melancarkan model kereta Myvi baru (facelift) yang terdiri daripada Myvi Standard G 1.3L, Myvi Premium X  1.3L, Myvi SE 1.5L dan Myvi Advance 1.5L.

Variant Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015

Perodua Myvi baru ini masih mengekalkan spesifikasi enjin yang sama seperti Myvi yang sebelum ini. Selain daripada perubahan rekabentuk luaran, Myvi baru ini juga menampilkan beberapa eksesori tambahan dan peningkatan dibahagian dalaman terbaru Myvi ini.

Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015

Kesemua ciri tambahan ini ditawarkan mengikut spesifikasi dan varian tertentu sahaja. Selain itu, Myvi model baru ini juga menampilkan 2 warna terbaru iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold sebagai pilihan tambahan daripada warna yang sedia ada.

Walaupun banyak perubahan pada model Myvi baru dan warna baru yang menarik, hati tetap dan tidak akan pernah beralih arah. Hati tetap dengan Mr Kodok. Kuikui :3


Tunggu kita kumpul duit banyak-banyak, kita makeover awak ye sayang Mr Kodok :3

Apa pendapat korang tentang Myvi model baru ini? ^^

4 comments:

I N A A I N A A said...

Haishh ena memang dah lama jatuh hati dengan Myvi baru ni.. nak beli.. huaaaa

Anonymous said...

saya suka memandu myvi..hihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

Mmg cun myvi bru..

Sheila Adziz said...

salam kenal... cantik sis myv baru ni...