Friday, April 18, 2014

Biarlah Nampak Gemuk





Lebih selesa memakai pakaian yang lebih longgar daripada memakai pakaian yang mengikut bentuk badan. Selesa satu, aurat pun terjaga. Betul tak? 

- Salam Jumaat :) -



Read More

Sunday, April 13, 2014

Permohonan Kerja




Alhamdulillah, minggu ini sudah masuk 3 minggu aku menceburi alam pekerjaan. Bekerja sebagai Graphic Designer di sebuah syarikat swasta di Kajang, merupakan cabaran hidup yang baru yang akan aku lalui sendiri. 

Permohonan kerja yang tidak dirancang. Lepas sahaja satu paper untuk final exam, hati tergerak untuk memohon pekerjaan secara online. Niat dalam hati hanya satu, taknak menganggur lepas habis exam nanti. 

Resume yang dibuat mengejut dengan meletak gambar paling cute berukuran passpord itu dihantar tanpa berfikir panjang. Pada hari yang sama juga, dapat panggilan untuk diinterview. Pada masa itu, rasa nak melompat atas katil, menjerit dari tingkat paling atas. Excited punya pasal.

Tanpa berfikir panjang, jam 4 petang temu janji dibuat. 
Datang dengan berbekalkan sehelai salinan resume dan softcopy artwork yang pernah dibuat sebagai bukti hasil kerja. 

Potpet potpet, selepas diinterview, dimintanya pula untuk mendesign sesuatu mengikut yang diminta. Agak cuak sebenarnya. Maklumlah, tak praktis terus buat. Haa, tak ke menggigil tangan ni pegang mouse. 

Lepas seminggu lebih berlalu, dapat panggilan daripada syarikat tersebut. Rasa nak sujud syukur masa itu juga. Alhamdulillah, permohonan kerja diterima. Kalau ikutkan, hari esoknya sudah diminta untuk hadir bekerja. Ushh, cepatnya. Paper final exam tinggal lagi dua. So, minta start Isnin minggu hadapannya.

Dipendekkan cerita, Isnin depan tu datang kerja dengan berbaju kurung biru. Pada saat itu, minit itu, bermulalah cabaran baru dan pengalaman baru. Moga dipermudahkan semua urusan kerja. Amin 


Read More

Friday, April 11, 2014

Dunia Baru, Pengalaman Baru


 


 DUNIA BARU 
 PENGALAMAN BARU 

Hujung bulan 3 yang lepas, berakhirnya gelaran diri sebagai seorang student Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sepanjang 3 Tahun sebagai student Science Computer Multimedia Universiti Teknologi Malaysia, pelbagai pengalaman manis pahit dapat dirasai. 

Sekarang hidup sudah berubah. Tidak lagi duduk di hostel, satu bilik dua orang, tunggu turn nak mandi untuk ke kelas, gelak tawa rakan baik mahupun rakan sekelas, tidak lagi menghadap assignment yang menggunung, tidak lagi bersua dengan lecture yang pernah mengajar selama 3 tahun di sana dan pelbagai lagi. Semua itu memori yang tidak akan pernah padam sampai bila-bila. 

Sekarang, bermulalah kehidupan baru. Semuanya hampir serupa tetapi tidak kesemuanya. Bangun awal pagi, membuat persiapan diri, masih menunggang motosikal ke sana dan ke sini. Apa yang tidak serupa? Yes, dahulunya membuat persiapan diri untuk ke kelas dan sekarang adalah untuk ke tempat kerja. Bukan sebagai pelajar, kini sebagai seorang pekerja.

Habis sahaja paper terakhir untuk final exam, dapat panggilan masuk kerja untuk minggu hadapannya. Alhamdulillah, rezeki di situ. Belum betul secara official tamat belajar, kerja sudah menanti. Nak tahu bagaimana dan kerja apa? Tunggu next entri. Hehe

Dahulu dan sekarang tidak jauh bezanya. Masa belajar dahulu, menghadap komputer or laptop berhari-hari dan juga sama seperti sekarang. Cumanya sekarang lebih fokus pada sesuatu. Semua kerja menggunakan komputer office. Laptop peribadi tersimpan rapi dalam beg. Hekhek

Moga dipermudahkan semua urusan. Niat kerja mencari pengalaman dan rezeki yang halal dengan redhaNya. Doa daripada ibu bapa di kampung tidak putus-putus untuk satu-satu anaknya ini. InsyaAllah pandai jaga diri di tempat orang, semuanya akan baik-baik sahaja.

P/s: Ini belum secara official Merdeka. Selagi belum tiba hari graduasi, itu belum betul-betul Merdeka. Ada faham? Haha

 


Read More

Tuesday, April 8, 2014

Di Mana Menghilang?



Ramai yang bertanyakan diri ini, ke mana menghilang? Sunyi sepi tanpa berita. Yess, ada yang tak kisah. Yang tak kisah boleh angkat kaki main jauh-jauh. Haha

Semenjak hujung tahun lepas sampai la ke hujung bulan 3 yang lepas, diri sibuk dengan pelbagai kerja khusus itu ini, final projek dan final exam untuk sem akhir. Dan sekarang baru bernafas sedikit lega. Semua itu sudah lepas dengan selamat dan jayanya, alhamdulillah. Saya sudah merdeka! Yeahhh!

Nak tahu apa yang di maksudkan Merdeka? Tunggu next entri. Bagi suspen sikit. Hehe.

P/s: Maaf short entri. Curi-curi menaip dalam office. Office?
Jeng jeng jeng..


Read More

Sunday, April 6, 2014

Yes, Now I'm Here!



Yes, now I'm here. 

Setelah berkurun lama meninggalkan blog kesayangan tanpa ada sebarang update, kini muncul semula untuk mula berblogging seperti dahulu kala. 

Adakah rakan blogger masih lagi mengenali dan mengingati diri ini? Mungkin ada yang ingat-ingat lupa dan mungkin ada yang lupa terus. 
Padan muka!! 

Ok! Nak taip panjang lebar, ada ke yang sudi membaca? 
T______T





Read More