Wednesday, January 29, 2014

Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog



Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog

Senarai Hadiah

Top Referral :
Cash RM50 + Fridge Magnet from Turkey

Random :
Chiffon Blouse x 5 Pemenang
Maxi Dress x 3 Pemenang
Perfume x 2 Pemenang
Voucher Shopping bernilai RM5 x 10 Pemenang
T-shirt R4BIA x 5 Pemenang


Jangan lepaskan peluang ini fellas! Just click the banner above and follow the simple rules.
Goodluck and thank you =)



Read More

Opzzpinky GA 2014 by Sharina



Saya nak ajak korang join GA menarik Blog Opzzpinky ini, hadiah cun menanti korang, mari ramai2 join ya..klik SINI
GA ini ditaja oleh Sha Dhira San | Irah Zahirah | Alyssa | Yana | Nazlyizan | Suejana | Najmi | Kina |Rubiey |
SE-Shop
Salah satu kedai online yang baru dibuka, menitik beratkan kecantikan dan kesihatan kaum hawa, dimana menawarkan harga yang murah dan mampu milik bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan juga kecantikan. Mari kunjungi SE-Shop pasti korang tertawan dengan harga menarik :)
Produk HOT masa kini
Harum Malam 
Set Kecantikan Collogen + Vit E
Bedak Sejuk Tanaka
Emilay
Ibu Putih JannaLawwa
Perla Coffee
Sila PM di SINI jika berminat :)


Read More

Monday, January 27, 2014

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu [AJL] ke 28





Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu [AJL] ke 28
Pertama: Bahagiamu Deritaku (  Hafiz )
Kedua: Hanya Aku ( Hyper Act )
Ketiga: Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimet )
Persembahan Terbaik: Bahagiamu Deritaku ( Hafiz )
Vokal Terbaik: Ikut Tentakku ( Jaclyn Victor )
Anugerah Juara Mobile: Bahagiamu Deritaku ( Hafiz )

TAHNIAH HAFIZ!

Kalau tak silap, ini merupakan kali ke-4 Hafiz memenangi anugerah AJL. Rezeki siapa tahu. Tahniah sekali lagi Hafiz 



Read More

Monday, January 20, 2014

ATTENTION! We Are Looking For Sponsers.


 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang penaja untuk program yang akan kami adakan, silalah menghubungi Muhammad Firdaus [ Pengarah Program ] di talian 010-6259382. 

Antara faedah yang akan diperoleh oleh penaja ialah:
1- Pengecualian cukai seperti yang tertakluk
2- Bagi penajaan yang melebihi RM2000, akan diberikan booth percuma semasa program itu diadakan
3- Syarikat penaja akan dipublisitikan di dalam page COMFEST, akaun Instagram, Website serta Twitter COMFEST.
4- Syarikat penaja akan dipublisitikan juga melalui banner rasmi dan banting program.
5- Syarikat penajaan akan dimasukkan sekali dalam persembahan multimedia semasa program tersebut termasuklah dalam teaser awal program. 

Kami amat berbesar hati kepada mereka yang sudi menaja untuk program kami ini. Semoga program ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan. InsyaAllah, amin. 


 


Read More

Friday, January 17, 2014

Program COMFEST'14 Anjuran Pelajar Tahun 3 Sains Komputer Multimedia UTM KL





Saya sebagai salah seorang pelajar Tahun 3 jurusan Sains Komputer (Multimedia) , UTM KL, ingin meminta bantuan dan sokongan daripada anda semua untuk menjayakan program yang akan kami adakan dengan kerjasama pelajar Tahun 2 Sains Komputer (Teknologi Maklumat), UTM KL, pada awal bulan Februari nanti.

Program yang bertemakan "Membentuk Mahasiswa Insaniah Dan Intelektual Selaras Dengan Perkembangan IT Dan Multimedia" ini terbuka dan akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti gerai jualan, pameran, permainan, booth berkaitan komputer dan kerjaya, juga ceramah agama daripada undangan khas.

Kami juga akan bercerita dan berkongsi segala info dan ilmu yang telah kami pelajari selama 3 tahun sebagai pelajar Sains Computer (Multimedia). 

Kami sangat berharap agar program yang akan berlangsung pada awal bulan Februari ini mendapat sambutan dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat di luar sana. 

Jom ramai-ramai support kami di:





Read More

Sunday, January 12, 2014

Dugaan Awal Tahun


 



Awal tahun selalunya ramai yang mengadu masalah kewangan. Mana tak nya, awal tahun la nak bayar cukai itu ini, hidupkan lesan bla bla bla. Bagi mereka yang mempunyai anak yang sudah bersekolah pula, banyak barang yang perlu dibeli. Buku la, peralatan tulis, perkakas ke sekolah dan sebagainya.

Untung pada mereka yang bekerja dapat bonus awal tahun. Kepada yang tidak dapat? Tidak ke merangkak nak mencari duit. Dengan kenaikan harga itu ini. Dugaan betul.

P/s: Cara cakap macam sudah bekeluarga dan bekerja. Hehehe. I can feel what my parents feel.

10sen 20sen

 


Read More

Friday, January 3, 2014

Minggu Pertama Persekolahan



Hari pertama persekolah sudah tentunya banyak bunyi banyak ragam. Rindu kawan-kawan punya pasal, huha huha sana sini. Excited bukan main.

Tapi bila time perhimpunan, semuanya paling lemau macam biskut masuk angin. Haha


Biasalah, first day sekolah, macam-macam yang ingin cikgu sampaikan. Pesanan itu, pesanan ini. Ada la juga dalam satu jam lebih. Naik lenguh kaki ni berdiri. Haha


Bila dalam kelas pula, satu lagi cerita. 
Biasalah, first day sekolah kebanyakkan cikgu sibuk uruskan itu ini. So, masuk kelas kejap-kejap. Itu yang pelajar naik boring duduk tunggu cikgu dalam kelas lama-lama. Haha

Bercakap berdasarkan pengalaman sebagai bekas seorang pelajar sekolah. Selalunya keadaan seperti ini akan berterusan selama seminggu. Selepasnya, bersiap sedialah dengan kelas tambahan, kerja rumah yang tak cukup tangan nak dibuat dan tidur lewat malam semata nak siapkan kerja sekolah. Hehe

Apa-apa pun, sekolah adalah zaman yang paling akan dirindui apabila tamat sekolah nanti. Hehe

Jadi, dalam seminggu ni cikgu-cikgu bagi rehat dahulu. Chill dulu. Kenal-kenal dengan kawan baru. Cerita itu ini, maklumlah dah lama tak jumpa. Lepas tu, siap sedia la. Haha




Read More

Thursday, January 2, 2014

Kembali Ke Sekolah



Hari ini  2 Januari 2014. Di mana hari persekolahan bermula. 

Teringat masa zaman persekolahan dulu-dulu. Apabila tibanya musim persekolahan, pelbagai persiapan untuk ke sekolah harus disiap sediakan. Kelengkapan seperti buku sekolah, alat tulis, baju baru, kasut baru dan kalau boleh semua benda nak baru.


Kalau semuanya sudah baru, belajar haruslah lebih rajin. kan? 

Ingat, niat utama pergi ke sekolah. Bukan mencari si pujangga hati, tetapi mencari ilmu untuk diri sendiri. Itu adalah bekalan utama untuk meneruskan hidup akan datang. Tanpa ilmu didada, siapalah kita. Cehh. Haha

Kepada adik-adik yang bersekolah diluar sana, Selamat Kembali Ke Sekolah. Hehe


P/s: Rindu zaman persekolahan, rindu kawan-kawan sekolah :']



Read More