Tuesday, December 10, 2013

Wujud Lagikah?

 

Hello hello, anybody here? Hello hello.. Suara bergema gaya-gaya berada dalam gua...

Agak-agak korang masih perasankah akan kewujudan blog usang ini? Total uniques semakin hari semakin berkurangan. Nak menaip ayat pun, padam taip padam taip. Rasa macam 10 tahun tak menaip. Ayat pun macam ayat budak sekolah rendah, berterabur sana sini T_____T

Idea nak menaip pun sudah hilang lapuk dek zaman. Eh? 

Diri ini masih lagi bergelar seorang student. Tetapi kesibukkan dirinya kalah dengan orang yang sudah bekerjaya. Agaknya bagaimanalah bila betul-betul sudah bekerjaya nanti? 

Tak mampu nak menaip panjang lebar. Masih banyak lagi kerja sedang menunggu untuk disiapkan. Jumpa lagi di next entri.