Sunday, September 29, 2013

Tips Menghadapi Exam



Kepada mereka-mereka yang bakal menghadapi peperiksaan, berikut di bawah adalah beberapa tips menghadapi peperiksaan. Harap dapat membantu. Good luck semua 



P/s: Hanya short entri yang mampu diupdate untuk hari ini. Esok final exam bermula. Hope apa yang dibaca, dapat dijawab masa exam nanti. Amin


Read More

Saturday, September 28, 2013

Alhamdulillah, Terima Kasih Nuffnang





Alhamdulillah, Nuffnang masih lagi bermurah hati memberi aku CPUV. Bukan satu tetapi 5 CPUV. Itu dikira banyak oke. Hee

Agak terkejut sebenarnya bila melihat CPUV yang sedang "On Going" sekali 5 ini muncul. Kalau nak ikutkan aktifnya aku berbloging ini, memang ke laut la jawabnya.

Campaign kali ini ialah, 

Escape -Tester
Ford MCA Launch (SEPT)
 Nescafe Cars - People Pow...
 SENHENG / SEN Q - Plant A...
 KL SOGO TRENDSETTER ONLIN...

 . Ini juga merupakan campaign terbaru selepas cashout dibuat 15 Sept 2013 yang lalu. Tiada la banyak mana, tetapi cukuplah untuk tampung topap handphone sebulan. Hikhik


Ramai orang kata nak cashout payment tunggu hujan bulan. Tangan ni menggatal nak cashout awal sangat. Hee. Agak-agak berapa lama ye nak tunggu? 




Read More

Menghilang Dan Terus Menghilang




-otak buntu-
Menghilang, menghilang dan terus menghilang. Idea untuk menulis juga turut lenyap daripada fikiran. Mohon maaf sudah diberi berjuta kali, tapi blog masih sebegini rupa. Tiada update, story terkini yang dapat dikongsikan bersama.

Harap pembaca sekalian tidak akan pernah jemu untuk sentiasa jenguk ke blog kosong ini. Walaubagaimanapun, blogwalking akan tetap dijalankan apabila ada kelapangan masa. 

-Terima kasih-

P/s: Wish me luck untuk final exam yang akan bermula Isnin ini. 



Read More

Friday, September 6, 2013

Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya



Malam tadi telah berlangsungnya Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya. Yuna membuat penampilan khas bersama gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger. Jom lihat sedikit gambar pada masa konsert itu berlangsung.






Dengar cerita baju yang dipakai Yuna pada malam tersebut ialah rekaan daripada Hatta Dolmat. Haa, bukan calang-calang pereka fesyen oke. Gorgeousnya.

Untuk lihat gambar selebihnya, sila rujuk Rentak Artis




Read More

Thursday, September 5, 2013

Spontaneous Thursday #47: Jangan Mengeluh




Note kepada mereka yang selalu mengelah tentang pasangan mereka. 


Read More

Wednesday, September 4, 2013

Wordless Wednesday #48: Bendera Lambang Identiti Negara


 

Tempat: Angkasapuri Kuala Lumpur, RTM

Salam Merdeka 


 


Read More

Kembali Walaupun Buat Seketika


 


Di sini aku kembali. Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Moga sihat hendaknya :)

Hampir sebulan blog ini menyepi tanpa apa-apa entri. Adakah anda semua tercari-cari? Hehe. Bukan mahu menyepi terus tetapi kesibukan diri menghalangkan diri untuk update apa-apa entri. Meskipun entri contest, segmen mahupun giveaway.

Ini pun curi-curi sedikit masa. Hee Rindu yang teramat untuk menaip, bercerita, berkongsi apa yang menarik. Rindu juga untuk blogwalking ke blog-blog rakan blogger. 

Bila fikirkan kesibukan yang melampau ini, diri sendiri juga terabai. Tidur lewat setiap hari, makan yang tidak menentu, tidak mengikut jam yang betul, pelajaran juga entah ke mana. Ini pun menaip dalam keadaan mulut menguap, mata berair. Bukan sebab sedih, tetapi inilah dia yang digelar tidak cukup tidur.

Moga semua kerja dapat diselesaikan secepat mungkin, dan dapatlah aku fokuskan pada pelajaran. Final exam makin dekat. Kerja-kerja juga, pelajaran jangan terabai.

Hope pembaca-pembaca, blogger-blogger sekali tidak pernah jemu untuk melawat ke blog ini. Jejak anda akan dibalas satu persatu. Terima kasih semua 

P/s: Inilah susahnya bila buat banyak kerja. Akulah photographer, akulah crafter, akulah doodler, akulah blogger dan aku jugalah seorang pelajar. 

 


Read More