Thursday, August 1, 2013

Yeahh! Balik Kampung!

 


Itulah perasaan seorang mahasiswa yang rindu untuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta. Kalau ikutkan, nak balik sekarang juga! Tapiiii, kita naik moto. Malam-malam ni bahaya. Lagi-lagi perjalanan jauh, Kuala Lumpur -Melaka.

InsyaAllah, esok pagi gerak pulang ke kampung halaman. Rumah memanggil, hostel menghalau. Hikhik..Perjalanan jauh memerlukan pemeriksaan yang cukup. Check tayar, brake, minyak hitam semua. Moga perjalanan balik ke kampung semuanya selamat.

Nama pun balik beraya, sudah tentu banyak barang yang perlu di bawa balik. Lainlah kalau rumahnya dekat sejengkal. Boleh ulang-alik ambil barang. Hehe. Kita ni, fikirkan macam-macam barang yang perlu dibawa. Bajet naik kereta. Padahal naik moto je. Mana nak sumbat barang-barang tu pun tak tahu. Haha

Sebelum balik, check semua barang, kunci loker, kunci pintu bilik, tutup tingkap. Itu semua adalah langkah-langkah keselamatan bila cuti panjang. Kalau orang nak buat dajal kita tak tahu. So, sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. 

So, balik ni memang macam-macam plan nak dibuat. Kemas rumah dan paling penting buat kuih raya. Yeahh!! Buat banyak-banyak, nanti baki boleh bawa balik hostel makan reramai. Hihi

Oklah, nak kemas-kemas barang untuk balik esok pagi. Doakan kita selamat perjalanan pulang ke kampung halaman. Amin 

Jom layan lagu Balik Kampung - Sudirman



Klik duit raya SINI SINI SINI 

 

13 comments:

✿INA AINAA✿ said...

ena dah selamat pulang ke rumah.. weeeeeeeeeeeeeeee.. tak sabar nak ray.. XD

Anonymous said...

balik kampung naik moto sis?

Mysara Ab Rahman said...

klu time blajar nk blik kmpung mmg excited

Unknown said...

Selamat pulang ke kampung.. :-)

Dzureen Darwis said...

Saya balik kampung malam raya. Huuhuu

Farah Shahidah said...

bestnyeeee nak balik kampung....macam trase dah suasana raya kan...huuu

anyway sggah sni =D

Dayang Deno said...

selamat bercuti dan balik ke kampung... take care :)

Kisah Si Dairy said...

dah bercuti dah ke...wah...bestnya...mesti cuti lama nie...tke care ye..

Unknown said...

Salam. dah selamat sampai ke? best nya dah balik kampung.

Unknown said...

Selamat bercuti..
Hope selamat sampai ke kmpung..

Ezad Skytech said...

hee...teringat pulak masa zaman study dulu...nak balik raya...berkonvoi ramai2 dengan housemate...hee..

P.S - selamat bercuti..:D

Kak iman said...

hati2 balik budak tecik..jgn nakal3.xmo3

Unknown said...

Mieya bakal pulang ke kampung malam nie. Yeppi!