Tuesday, April 30, 2013

Bau Badan? Di Sini Ada Petuanya





Pening kepala dengan bau badan? Tidak selesa dengan orang sekeliling? Bau badan yang membuatkan orang ramai tidak mahu dekat dengan kita? Di sini ada penyelesaiannya.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh menghilangkan bau badan:

Cara 1: Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandi dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.

Cara 2: Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.

Cara 3: Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi, sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 15 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.

Cara 4: Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Cara 5: Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

Cara 6: Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 3 kali seminggu.

Cara 7: Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 15 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

Sumber: MyBerita

Lepas ini tidak perlu risau akan bau badan yang kurang menyenangkan itu. Kita usaha, insyaAllah hilanglah bau itu.




Read More

Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic



Assalamualaikum w.b.t

Segmen ini akan berlangsung selama 24 jam sahaja mulai pada jam ini. 
So besok pada pukul 12 Tengahari bertarikh 1 Mei 2013 akan TAMAT.
Segmen ini ditaja oleh Fizgraphic, EmasPutih, CikLyeen, Hakimie, Cimie, Alia dan Amirul.

Syarat-syaratnya : 

Buat entry bertajuk :
Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic


Follow blog tersebut :

Like Fan Page

Follow Google +


Follow Twitter




WAJIB Copy paste coding entry yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruanganhtml post. *kalau x faham sila ikut step dibawah*




SIAP? Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah.

HADIAH : 
Top Referal
RM10 x 4

Random
RM5 x 8

SELAMAT MENJOINKAN DIRI!




Read More

GEMPAK GIVEAWAY BY AFIE


 





Hadiah-hadiah untuk peserta
Buttong Badge x5 | Felt hp case x2 | Keychain Felt Craft x7 | Bookmark x1 (mungkin akan ditambah kak shida) | Soft Toy x1 | Pakaian wanita x1 | Tony Moly x1 | J&J Losyen x1 | Elianto BB Cream x1 | Brooch Ribbon x5 | Dress x2 | Inner Neck x2 | Keronsang x2 | Blouse x1 | Blouse peplum tribal x1 | Topup rm10 x2 | Topup rm5 x12 | Miniture Pesawat x2 | Gelang x2

Due Date bakal ditentukan nanti *mengikut naluri Afie.. Kih3..

Pemenang dipilih dari :
1. Top referrel dapat 2 hadiah
2. Cabutan Tangan


 


Read More

1st Double Giveaway by AinMfna



KLIK BANNER UNTUK JOIN



Read More

Monday, April 29, 2013

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com




Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



Read More

Sunday, April 28, 2013

Kerja Di Hari Minggu




Today bersamaan dengan hari Ahad, merupakan hari minggu untuk bersantai, berehat bersama keluarga. But not me. 

Hari minggulah hari aku bekerja sana sini. Tertonggeng, terpenyiarap dan macam-macam lagilah. Ke hulu ke hilir mencari moment yang penting untuk disnap. You know what i mean? Hihi

Oklah, nak sambung kerja. Penat semalam belum hilang lagi, ditambahkan pula penat hari ini? Ohh, hanya Allah sahaja yang tahu. Apa-apa pun, perlulah buat yang terbaik.  InsyaAllah esok atau lusa akan aku balas kunjungan korang semua. Ini pun cilok online sekejap ♉(ˆ▽ˆ)

Dedaaa

P/s: Cuba teka, apakah pekerjaan ku? hikhik



Read More

Thursday, April 25, 2013

CPUV Pertama Untuk Tahun 2013




Alhamdulillah, benda yang ditunggu-tunggu untuk sekian lamanya sudah pun tiba. Hampir satu tahun aku menunggunya.

Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi memberi CPUV yang ketiga untuk blog ini. Aku akui yang suatu ketika dahulu aku pernah curang akan dikau. Aku abaikan dikau buat sekian lamanya. Walaubagaimana pun,  operasi pujuk memujuk kian kali aku lakukan pada setiap hari. Macam mana tu? Hikhik

Walaupun blog orang lain sudah bertimbun-timbun CPUV yang mereka dapat, aku tidak pernah berputus asa untuk memujuk Nuffnang. Pelbagai cara aku cuba dan terus mencuba agar Nuffnang bermurah hati untuk memberikan walau satu CPUV untuk blog ini.

Terima kasih juga kepada mereka yang selalu menyinggah di blog ini dan terutama sekali kepada reader tetap blog ini. Terharu rasanya bila ada juga yang sudi menyinggah di blog ini walaupun jarang kali diupdate. 

InsyaAllah, walau sebusy mana pun, aku akan meluangkan sedikit masa untuk membalas kunjungan anda semua. 



Read More

Tuesday, April 23, 2013

Saya Belum Cukup Umur



RM0 Marilah mengundi. Semak daftar pemilih untuk PRU 13 ini & dapatkan info kawasan DUN atau Parlimen anda. Hanya dail *888*13#. Untuk info, dail 1111. Mesej dari Celcom. 
"Marilah mengundi" Masuk hari ini, aku dapat 3 mesej yang sama dari Celcom yang menyatakan seperti di atas. Tidak cukup di handphone, di sim card broadband pun turut Celcom hantar. Huuh, naik boring dapat mesej yang sama.

Aku rasa Celcom salah orang nie. Untuk pengetahuan semua, aku belum cukup umur untuk mengundi. Aku belum 21 tahun. I am still young oke. Hahaha..

InsyaAllah, jika diberi umur yang panjang, lagi 5 tahun baru aku boleh mengundi. Yeah, pada masa itu mungkin aku sudah mendapat pekerjaan tetap ataupun mungkin sudah mempunyai family sendiri. Ehh, tetiba gatal. Hehehe. Jodoh, siapa tahu. Kan?

Maklumlah, masa untuk mengundi sudah hampir. Bukan sahaja dengan cara ini mereka memberi info-info atau tips2 mengenai PRU, malah di media masa seperti radio, televisyen dan pelbagai lagi. Sebagai contoh, setiap hari kita didedahkan mengenai PRU di televisyen. Lagu PRU juga sering berkumandang. Sampaikan boleh hafal. Hahaha. Nampak tidak betapa kerapnya lagu itu dimainkan?

Apa-apa pun, aku ucapkan selamat mengundi pada mereka yang akan mengundi pada awal bulan Mei nanti.  Undilah dengan adil dan saksama. Undi pemimpin yang anda yakin boleh membimbing rakyatnya.

P/s: Tak boleh cakap lebih-lebih pasal politik nie. Nanti lain jadinya. Hihi


Read More

Monday, April 22, 2013

Keyword "Gwiyomi" Menjadi Pilihan


 


Dalam seminggu ini, keywords yang menjadi pilihan ramai pembaca blog ini ialah Gwiyomi. "Siapa yang buat video gwiyomi" "gwiyomi gadis bertudung untuk suami" "gwiyomi dance" "Gwiyomi dance steps" dan pelbagai lagi.

Nampak tidak, betapa "Gwiyomi"nya blog ini. I means, comel. Hihi

Ini semua disebabkan entri INI

Lanjut SINI
 


Read More

Sunday, April 21, 2013

Tempahan Yang Perlu Disiapkan Minggu Ini



Dalam seminggu nie agak busy dengan persediaan majlis kahwin akak saudara. Perlu siapkan tempahan souvenir gift untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir pada hari majlis berlangsung. 

Selain itu, juga perlu menyiapkan tempahan craft daripada pelanggan luar. Antara tempahan yang diterima ialah keychain katak, domokun, kereta, kumbang, rama-rama, hp case dan pelbagai lagi.



Biasalah, inilah dikatakan kerja sendiri. Sambil-sambil study tu, boleh terima tempahan, sekali gus dapat juga tambah duit poket. Hihi

Baru-baru ini, alhamdulillah brooch bunga sudah selesai habis dijual kepada pelanggan. Terima kasih pada pembeli. Brooch baru akan menyusul kemudian nanti. 



Read More

Saturday, April 20, 2013

Segmen Blogwalking Aisyah Humaira



KLIK BANNER UNTUK JOIN



Read More

Pesanan Daripada Penunggang Motorsikal



Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan
Saya mewakili penunggang motorsikal
seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi
kepada pemandu-pemandu kereta yang
tidak pernah berpengalaman menjadi
penunggang motorsikal atau yang tidak
memahami perasaan menjadi penunggang
motorsikal bahawa:
Kami berhak menunggang motorsikal di
dalam lorong utama. Bukan hanya
menunggang di lorong kecemasan. Kerana
kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai
LORONG KECEMASAN. Tidak perlu
bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi
kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong
kereta di hadapan, dan ada penunggang
motor di laluan bertentangan, kami layak di
hormati. Jangan memotong dengan
tanggapan bahawa kami kecil dan boleh
mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang
dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar
lorong, sebab yang parah bukan anda tapi
kami.

4) Penunggang motorsikal seperti kami
BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati
sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok,
jangan sesuka hati mencampakkan puntung
rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu
jika ada penunggang motorsikal atau
pengguna jalanraya yang lain. Puntung
rokok yang masih berbara itu
berkemungkinan termasuk ke dalam
pakaian penunggang motorsikal dan
membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami
menunggang motorsikal. Allah dah
turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu
berbangga dengan harta dunia.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal...


Sumeber: Facebook

P/s: Betul juga apa yang dikatakan seperti di atas. Aku selaku salah seorang penunggang motorsikal setuju 100% akan apa yang dimaksudkan. 

Lanjut SINI



Read More

BEN ASHAARI dan WEECLICKS


 

BEN ASHAARI
KLIK BANNER

KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?

Seperti yang kita semua sedia tahu, dunia internet kini meluas dengan pantasnya. Apa sahaja yang kita perlu atau cari, search sahaja di internet, semuanya ada dihujung jari. Dengan perkembangan yang begitu drastik ini, ramai antaranya mencuri peluang keemasan ini dengan membuat perniagaan melalui internet. Tidak terkecuali aku. Hihi. Walaubagaimanapun, aku hanya membuat sebagai pendapatan sampingan. Maklumlah, nak bekerja belum habis belajar lagi. Buat duit tambahan bagi meringankan beban keluarga di kampung.

Tamat jam 5 petang hari ini. Jom reramai join, memeriahkan segmen blogger Ben Ashaari 

 


Read More

Thursday, April 18, 2013

Spontaneous Thursday #41: Memperkecilkan Kebolehan Yang Ada



Sedih apabila orang memperkecilkan kebolehan yang kita ada. Nampak, tetapi buat-buat tidak nampak. Seolah-oleh kita tidak wujud dalam suasana itu 



Read More

Wednesday, April 17, 2013

Gwiyomi Dance ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ



Sekarang sudah tersebarnya video comel lagi kiut iaitu Gwiyomi di merata-rata tempat. Kalau boleh semua negara, semua orang, nak buat parody, video Gwiyomi nie. Tahulah comel. Hikhik

Malaysia tidak terkecuali juga tahu. Jom tengok video Gwiyomi Gadis Bertudung Comel. 



Ini pula video Gwiyomi Cutes Song Vietnamess German Version

 

Video Gwiyomi Brothers

 

Dan ini yang kelakar, bukan comel. Haha. Mungkin orang nie perasan comel. Video Gwiyomi Parody (ugly girls version)

 

Apa macam? Korang pula bila nak buat video Gwiyomi? Hehehe..

Tak tahu step Gwiyomi Dance ini? Boleh rujuk seperti gambar dibawah:



Selamat mencuba 

Video selebihnya SINI

 


Read More

Kelebihan Bloglist


 

Bloglist? Apa yang dimaksudkan dengan bloglist? Selalu adanya short segmen pencarian bloglist bla bla bla, tetapi tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan bloglist? 

Bloglist adalah satu senarai blog yang terpilih atau yang dipilih oleh blogger bagi memudahkan untuk blogwalking. Bloglist yang terdiri daripada beberapa blog yang menarik dan tertarik ini adalah agak penting, dan semestinya ada dalam sesebuah blog.


Berikut di atas adalah contoh bloglist yang ada dalam blog ini. 

Antara kelebihan yang ada pada bloglist ialah:
 Dapat meningkatkan traffik blog dengan mudah. 
 Dapat update terkini daripada blogger lain.
 Dapat meningkatkan ranking Alexa.
 Dapat tambah kenalan sambil berkenalan dengan lebih rapat.
 Dapat kelebihan dari segi enjin carian. Apa yang dimaksudkan ialah, memudahkan seseorang itu mencari sesuatu entri yang ada kait rapat dengan entri yang hendak dicari

Sebenanrnya banyak lagi kelebihan bloglist ini. Sesiapa yang ada meletakkan bloglist dalam blog mahupun tersenarai dalam bloglist rakan blogger lain, korang akan tahu apa manfaatnya pada bloglist ini.

Apa lagi, joinlah beberapa segmen yang melibatkan bloglist. Mana tahu korang terpilih untuk tersenarai dalam bloglist blog bertuah. Hihi

P/s: Kepada pemenang segmen, blog korang sudah tersenarai dalam bloglist blog ini. Kalau baik hati, letaklah sekali blog kite dalam bloglist awak. hikhik  

 


Read More