Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #35: Engagement Aizat & Ain


 








P/s: Ini adalah kali pertama aku ambil gambar untuk acara pertunangan. Sebarang pertanyaan bolehlah email pada alamat scorpiogirls2610@yahoo.com . Terima Kasih 

 


Read More

Tuesday, October 30, 2012

Tempahan Yang Telah Disiapkan



Di sini aku hanya mahu tunjukkan beberapa tempahan craft yang telah disiapkan. Alhamdulillah, makin hari makin banyak tempahan. Rezeki. Heee 

Satu katak berharga RM3.00


Satu Domokun berharga RM4.00


Satu kereta berharga RM3.50


Satu Love berharga RM2.50

Antara tempahan yang telah disiapkan

Banyak lagi corak dan bentuk yang direquest daripada pelanggan. Mahu lihat selebihnya? Sila rujuk di page Bila Jari Mula Menaip atau terus ke Fb aku sendiri, Eka Tikah

Nak kata mahir sangat tidak lah.. Tapi alhamdulillah orang ramai berpuas hati dengan hasil tangan aku sendiri. Take note "100% buatan tangan" No mesin-mesin. Al maklumlah, berniaga kecil-kecilan. Lainlah kalau bisnes tetap. Memang wajar aku memerlukan mesin-mesin nie.. Hihi

Owkeh la. Nak sambung menjahit lagi. Mahu siapkan tempahan-tempahan yang sedia ada 



Read More

Crush Tak Wish Birthday Kite :'/


 


Apa korang rasa bila orang yang korang minat, suke dalam diam tak wish birthday korang? Agak sedih jugak la kan.. Uwaaaaa uwaaaa 

"Crush kite tak wish birthday kite. Sedihnya  "

Bukan bermaksud si crush mesti atau kata lain wajib wish birthday kite, tapi bila birthday kite sebelum ini si crush wish, dan bila tiba kali ini pula si crush tidak wish, agak sedih jugak la..Banyak persoalan yang terkeluar daripada kepala otak ini.

Adakah si crush lupa tarikh birthday kite?
Adakah si crush sudah punya pengganti yang baru?
Adakah si crush sudah tidak ingat aku lagi? Walau pun sebagai bekas kawan sekelas?
Dan macam-macam lagi persoalan yang ada di kepala otak ini..hmm

Think positive. 
Mungkin si crush busy dengan pembelajarannya.
Mungkin si crush terlupa sebab 26hb itu juga merupakan Hari Raya Haji.
Mungkin si crush busy dengan korban di masjid atau surau di kawan rumahnya. *Eh?
Dan banyak lagi kemungkinan. 

Apa-apa pun tetap ada family tersayang dan teman rapat yang sentiasa ingat akan birthday aku. Thanks so much.. Sayang semua.. Muahhhh 

P/s: Mungkin si crush tak ingat birthday aku, tapi aku akan sentiasa ingat birthday dia 


 


Read More

Friday, October 12, 2012

Pengalaman Pertama Menceburi Bidang Wedding Photography









Nampak gambar-gambar di atas? Haa, itu adalah beberapa contoh gambar untuk wedding album akak saudara aku iaitu Niessa bersama pasangannya Aziz. 

Ini merupakan kerja pertama aku sebagai photographer. Opps, aku nie bukanlah sehandal photographer-photographer kat luar sana..Tapi alhamdulillah, ada jugak yang berpuas hati dengan hasil kerja aku. Hee

Bak kata orang, pengalaman pertama tersangatlah indah dan bermakna. Yup, thats true. Pengalaman pertama menceburi bidang wedding photography ini tersangatlah bermakna dan banyak benda yang aku harus pelajari lagi. 

Next job di mana? Huuh, insyaAllah kalau ada rezeki ada la.. Buat part time sementara cuti semesta yang akan tiba tak lama lagi. Ok kan? Daripada membuta, kembangkan badan yang memang dah kembang nie tak elok jugak. Heee 

Harga? Jangan risau. Aku punya package tak semahal photogrpher hebat-hebat di luar sana. Berpatutanlah dengan hasil gambarnya..Hee

Oklah. Kalau rasa suka dan berminat untuk ambil aku sebagai photographer wedding korang, silalah inform terus ke FB aku. Kalau just nak tanya pun boleh. Jangan risau, aku tak makan orang.. Hekhek 



Read More

Thursday, October 11, 2012

Spontaneous Thursday #30: Bersyukur Dengan Kelebihan, Bersabar Dengan Kekurangan


 

Klik Untuk Lihat Lebih Besar
Jom LIKE Page Bila Jari Mula Menaip 

 


Read More

Tuesday, October 9, 2012

Si Crush Like, Comment status FB and RT tweet kite?



Before this aku ada buat entry mengenai apa itu crushkan? Tak baca lagi? Meh baca dulu. Nanti baru korang proceed untuk cerite yang seterusnye. Tak tahu cerite dari awal, tibe-tibe baca pertengahan cerita. Comfirm-comfirm korang tak faham punya..Hee


Kalau sudah baca, baru boleh proceed untuk baca cerite selanjutnye.. Hee



Nampak gambar kat atas nie?? Faham? Huuh, pernah mengalami ini? Mestilah pernah kot. Baik mengaku cepat! Haa Haa..Hehe

Bila buka notification, dan terpapar seperti gambar diatas, secara automatiknya korang akan tersenyum simpul. Senyum kambing pun boleh. Hekhek. Yewla, mana tak senyum, Si Crush kite like and comment status fb kita. Mestilah suke. Bukan selalu dia nak like and comment kan? Mungkin 



Itu satu hal. Kali ini pula dia like status kite yang serupa di atas. Rasa sangat-sangatlah bahagia hati ini. Kenapa? Sebab aku dapat rasakan Si Crush nie seorang yang redha dan Si Crush ini juga menerima dengan redha walau siapa pun jodohnya



Itu cerita di facebook. Ini pula cerita di twitter. Huuh, Si Crush RT kite punya tweet " Saya suka awak. Tapi adakah awak tahu semua itu? :( " Kenapalah si crush nie RT je. Kenapa tak REPLY tweet aku tu.. Hmm, walaubagaimana ini hanyalah angan-angan. Kenapa? Kerana Si Crush tidak aktif  lagi di twtter. Sedih 

Oklah. Aku berhenti setakat ini dulu. Nak berangan-angan pasal Si Crush kite kejap.. Hekhek. Hidup ini kadang-kadang happy, kadang-kadang sedih. So, sementara happy ini, nikmatilah ia dengan sebaik mungkin. Bybye  

Suka doodle kite? Jom klik LIKE Page Bila Jari Mula Menaip. Thanks 



Read More

Sunday, October 7, 2012

Bergayut | On Call





Bergayut yang macam mana aku maksudkan? HAHA.. Ini bukan bergayut macam monkey kat atas pokok tu tau. Jangan salah faham.. Bergayut yang aku maksudkan ialah on call..

On call? Dengan siapa korang selalu on call? Parents? Sahabat handai? Boyfriend? Girlfriend? Bangla jual karpet? Haha.. Itu joke sahaje.. 

Tidak kesahlah dengan siapa pun korang on call, pasti korang mahukan privacy kan? Lebih-lebih lagi kalau perbincangan atau percakapan yang sangat sulit ataupun tersangatlah penting. Lebih senang cerita korang tidak mahukan gangguan..Terutama pada mereka-mereka yang selalu bergayut bersama boyfriend ataupun girlfriend.. Haa, betulkan, betulkan?? Mengaku cepat.. Haha.. 

Tepi tangga, tepi tingkap, kat buaian atau mana-mana tempat yang sunyi, tiada gangguan adalah port-port yang sesuai untuk bergayut.. Yewla, kalau nak on call dengan boyfriend atau girlfriend mesti nak mesra-mesra.. Malu kawan dengar katanya..Its okey, aku faham. Hekhek

Oklah. Aku cakap nie pun berdasarkan pemerhatian aku terhadap kawan disekeliling aku. Model pertama ialah roommate dan toiletmate..Haha..
Korang pula selalu on call kat mane pula? Adakah bersembunyi disebalik langsir? 

P/s: Kite tak ada boyfriend. So, tak perlu nak sorok-sorak kot. Hee



Read More

Saturday, October 6, 2012

Kelihatan Cantik


 



Perubahan? Yes, semua orang mahukan sesuatu perubahan dalam atau pun luaran diri kita. Contohnya kalau dalaman, membersihkan diri kite, cuba untuk menjadi seorang muslimah yang soleha. Contoh luaran pula, cuba untuk kelihatan lebih cantik daripada biasa.

Kalau mengikut kata orang ramai, kita sebagai perempuan hanya boleh berhias atau kelihatan cantik di depan suami sahaja. Yup, aku akui itu betul. Tapi tidak salahkan kalau kita mahu kelihatan lebih selesa di depan orang ramai. Sekadar pakai bedak kompak, pelembab bibir bewarna tak salah kot. Tapi ingat, JANGAN BERLEBIHAN.

Semua perkara yang kite lakukan pasti ada batas-batasnya. Seperti pergaulan kita sebagai manusia, ada batas-batas pergaulan. Begitu juga kalau untuk memperhiaskan diri kita, juga ada batas-batasnya.

Tepek bedak setebal 5 inci, pakai gincu semerah-merahnya, pakai mascara, eyelinear setebal-tebalnye, huuh berlebih tu. Jangan sampai orang lain tak reti bezakan antara orang dengan badut sudah la. Hekhek

Mungkin bagi sesetengah orang, kalau dengan kelihatan cantik akan membuatkan mereka rasa lebih confident untuk berhadapan dengan orang ramai. Ada sesetengah orang pula tidak kisah dengan penampilan dirinya, "ala, biasa-biasa sudah. Tak perlu nak berhias, cantik itu ini"

Lain orang lain sudut pandangannya. Bagaimana pula dengan korang? 

P/s: Aku team simple. Tidak gemar bermakeup.. Hee 

   


Read More