Friday, March 23, 2012

Last Payyperr :D





Hai semua.. Salam Jumaat

Firts of all, nak ucapkan tahniah kepada adik-adik batch 94 kerana telah berjaya mendapat results yang cemerlang dalam SPM adik-adik.. Bagi adik-adik yang kurang berjaya, jangan jadikan ini sebagai satu penghalang untuk adik-adik terus berusaha. Jangan cepat putus asa oke! 
__________________________________________________

Hari ini hari Jumaat, dan esok hari Sabtu.. Yeah, hari yang di nanti-nantikan oleh semua classmate aku.. HAHA.. #Kenape? Yewla, esok adalah LAST PAYYPERR kiteorang untuk final exam sem 2 nie..Ini bermakna, esok sudah boleh balik rumah.. #Melompat-lompat keriangan  

So, hari ini sudah boleh mulakan operasi mengemas barang. Oke, pada mulanya aku tak tahu nak start kemas yang mana satu dulu. Barang menimbun yang teramat.. HAHA.. Entah macam manalah balik esok. Ayah aku kene bawak lorry amek aku nie.. #Macam orang pindah rumah doh

Okelah. Kemas, kemas jugak.. Study jangan lupa.. LAST PAYYPERR nie lah yang kene buat betul-betul. Jangan bagi sangkut sudah.. Hehe.. Wish me luck for my LAST PAYYPERR tomorrow oke.. Sayang kamu semua.. Muahmuahh sikit..


Minta jasa baik anda semua klik sini dan sini. Tq



Read More

Thursday, March 22, 2012

Spontaneous Thursday #20: Hanya Nombor Semata-Mata





Sumber [Tumblr-TakKesah]

Minta jasa baik anda semua klik sini dan sini. Tq




Read More

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #25: How could I Have.........





P/s: Pernah fikir macam kat atas nie? Terutama apabila dapat result kan?. Tapi jangan stress dengan result yang dapat tu. Dah itu kemampuan kite. Jangan risau, next time usaha lebih lagi.. OKE 

Minta tolong klik sini dan sini. Tq



Read More

Sunday, March 18, 2012

Inilah Manusia :')





Hai semua :')

Malam nie aku bukan nak buat entry sedih yang buat sampai korang boleh menangis.. Tapi just nak luahkan apa yang aku rasa sekarang.. Kan aku pernah cakap yang blog aku nie juga sebagai diari hidup aku..So, terpulang korang nak baca ke tak? Tiada paksaan tau :')

Aku just nak cakap beberapa perkara jew:

I know who I am. Aku tak secantik, sepandai dan sesempurna perempuan di luar sana. Tapi Allah swt Maha Adil. Setiap manusia Allah swt berikan keistimewaan. Kadang-kadang kite pun tak sedar apa keistimewaan kita. Sedangkan orang kurang upaya pun mempunyai keistimewaan tersendiri, inikan kita manusia biasa.. Kan? :')

Korang pernah terfikir tak yang kadang-kadang percakapan korang boleh menyinggung perasaan orang lain? Aku sendiri pun kadang-kadang terlepas cakap itu ini. Yewla, cakap ikut perasaan bukan ikut akal fikiran. Itulah kadang-kadang perkara yang bagi korang kecil, tapi bagi mereka besar. So, lepas nie cakap guna akal fikiran oke!! Jangan ikut sedap mulut!
#Peringatan untuk diri sendiri juga

Perasaan? Siapa kat sini tiada perasaan? Ohh, itu mustahil.. Allah swt kurniakan hamba-hambaNYA dengan pelbagai perasaan. Itulah salah satu keistimewaan manusiakan?.. :') Oleh itu kita sesama manusia haruslah saling menjaga perasaan satu sama lain. Jangan sesedap sesuka hati nak sakitkan, nak kecewakan perasaan orang lain. Allah swt Maha Mengetahui.

Setiap yang berlaku ada HIKMAHNYA. Ingat, setiap apa yang berlaku, akan berlaku dan yang telah berlaku itu adalah RANCANGAN Allah swt. Tidak akan berlakunya pasang surut laut kalau tidak diizinkan oleh Allah swt. Tidak adanya perasaan kasih sayang antara manusia kalau Allah swt tidak merestuinya. So, tidak perlu risau kalau sekarang kite sedang bersedih, insyaAllah esok lusa Allah swt akan berikan kegembiraan untuk kita :')

Hmm, itu sahaja yang aku ingin cakap untuk entry aku kali nie.. Kalau korang rasa aku sedang bersedih... Yup, memang aku sedang bersedih.. Sebab apa itu hanya aku, Allah swt dan teman rapat aku sahaja yang tahu. :')

Tapi sekarang, #alhamdulillah aku dah oke! :') Aku bersyukur sangat-sangat sebab ada sahabat yang ambil berat tentang aku, bagi semangat kat aku. Thanks kawan. :')

Okelah. Lagi panjang aku bercerita lagi sebak pulak hati aku nie.. Hee, bye semua..

P/s: Allah swt tidak akan tolong hambaNYA kalau hambaNYA sendiri sombong padaNYA.. :)



Read More

Thursday, March 15, 2012

Spontaneous Thursday #19: Kawan Sejati :')




Sumber [Tumblr-TakKesah]

P/s: Zaman sekarang nie susah nak cari kawan sejati mahupun kawan baik..Kan? #InilahRealitiKehidupan

Minat berfashion? Cuba lihat sini
Minat Galaxy Tab? Lihat sini


Read More

Wednesday, March 14, 2012

Tomorrow Is My Final Exam





Hai semua...

Nampak budak perempuan comel kat atas nie?? Haa, aku la tu.. HAHA.. #OK, Tipu disitu ..HEHE..
Aku just nak cakap perasaan aku sekarang nie sama macam budak perempuan comel kat atas nie..

Yes! Esok aku dah start final exam..Woooo!! Banyak cuak sehh.. Tapi cuak teruk mana pun exam tetap exam.. Bukan boleh suka-suka hati nak cancel macam gambar kat bawah nie..kan?? HAHA


Esok exam paper Programming aku still boleh online, update blog lagi.. Kan?? A'ah, Programming punya paper banyak senang... Senanglah bagi mereka yang pro bab Programming nie.. aku?? Hanya mampu buat muka macam nie .______.  HEHE.. 

Relex la.. Otak juga memerlukan rehat.. Kalau dok continue study tak berhenti-henti jemm otak sehh.. Dari elok-elok boleh ingat apa yang di baca, nanti hilang pulak semuanya.. Tak ke payah nanti.. HEE

Tapi rehat pun jangan lama-lama nanti terlebih rehat pulak.. Tu pun payah jugak.. HAHA..So, pandai-pandailah bahagi masa study tu oke! #Macam cikgu pulak..  

Okelah. Sudah cukup rehat otak nie.. HEHE.. Nak sambung buat revision pula..Wish me luck for my final oke. Tq, sayanggg semua..  
 

To all my reader: Sepanjang minggu final exam nie aku tak dapatlah selalu update entry.. Aku nak fokus pada final exam aku.. Insya-Allah kalau aku ada free time aku update oke. Hee, kalau dah singgah tu rajin-rajinlah tinggalkan jejak kat soutbox aku tu oke. Nanti aku jejak korang semula..

Byebye


Read More

Saturday, March 10, 2012

Seharian Bersama SkuadFoto




Hai semua..

Sumber- [WeHeart]


Huuh, penat gila hari nie.. Masa aku taip entry nie pun aku dalam keadaan penat + lenguh-lenguh kaki akibat berjalan jauh tadi.. HEE.. Semangat nak update blog punya pasal, aku update juga laa..#Kamil suruh aku update Tapi entah ade ke tak orang yang baca.. #IDC

#Jalan mana sampai kaki lenguh-lenguh bagai??? Sebenarnya hari ini aku ada praktikal skuadFoto untuk U aku.. So, destinasi pilihan kali ini MELAKA.. Yeahh, tempat lahir ku.. HEHE.. Alarh, biasalah.. MELAKA kan banyak tempat-tempat yang cantik dan tempat-tempat bersejarah yang boleh dijadikan tempat shoot gambar.. #pujiNEGERIsendiri.. HAHA

Penat-penat tadi pun still aku dapat rasa bestnya sampai sekarang.. First time kot aku join skuadFoto UTM.. Seriusly, BEST.. HEE

Banyak tempat-tempat yang kite orang pergi untuk shoot gambar iaitu merupakan tugasan kite orang.. Atas bantuan abang-abang senior, dapat la aku belajar serba sedikit lagi tentang fotografi nie.. Nak tambah ilmu la kata kan.. HEHE..

So, malam nie aku tak sempat nak upload apa-apa gambar yang aku shoot tadi.. Transfer gambar dalam lappy pun belum.. #nampaklah malasnya tu.. HAHA Sabar naa.. Nanti aku free aku upload OKE! Lagi pun kena pilih dulu.. Tak kan gambar blurr pun nak uploadkan?? #Malu-malu

Okelah.. Penat-penat pun study tu jangan lupa.. Final exam dah dekat TIKAH oii.. HEHE.. Wish me luck.. Bye bye

P/s: Maaf kalau ayat aku tunggang terbalik malam nie.. Faktor kepenatan... HEE



Read More

Friday, March 9, 2012

Jom Makan Budu



Hai semua.. 
Salam hujung minggu...



Haaa, nampak lauk kat atas nie?? Nyamm nyamm, sedapnya kalau dapat makan sekarang nie.. HEHE


Peehhh, cecah dengan ikan bakar lagi tersentap sehh.. Opps, tutup mulut tu.. Nanti lalat masuk..HAHA

OKE! Aku bukan nak tunjuk masakan yang sedap-sedap untuk korang terliur.. HEHE.. Tapi aku nak share something tentang makanan kat atas nie..Tahu tak ape kat atas nie?? Haa, itulah dia BUDU.. Ada tak antara blogger-blogger kat luar sana yang suka akan BUDU?? Kite geng!! HAHA

Apa yang special sangat BUDU nie?? Haa, meh sini aku nak share..

BUDU memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan,mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser
BUDU berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal
  Khasiat BUDU yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh
BUDU sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini  serta menyembuhkannya dalam waktu singkat #jangan makan berlebihan..Nanti badan naik
  BUDU memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh
berbanding jenis protein yang lain
 [Sumber => PakCik Google]
 
Ini yang aku tahu la.. Selebihnya sila search PakCik Google oke!..Hewhew.. Tapi budu nie satu jew problemnye.. Baunya agak kuat dan mungkin ramai yang tak berapa gemar baunya.. Kepada mereka yang dah biasa makan, relex jew hidung mereke.. Macam aku! HEHE..

Itu sahaja yang aku nak share mengenai BUDU. Kepada mereka yang tak pernah makan BUDU, sila-silalah makan BUDU. Sedappp... Tak percaya tanya orang Kelantan.. HAHA..
Bye..



Read More

Thursday, March 8, 2012

Spontaneous Thursday #18: Angan-Angan



Tidak akan terhasilnya sesuatu yang kita inginkan kalau hanya sekadar mempunya angan-angan. Tanpa usaha, tidak mustahil sesuatu yang kita inginkan itu tidak berhasil.

#Kesimpulannya-Jangan cakap jew lebih, buatnya tak.. HEE



Read More

Wednesday, March 7, 2012

Kelas Terakhir Untuk Sem 2




Hai semua.. 

Lama sudah aku tak update apa-apa entry kan?? #tiga hari lama la tu kan.. HEE.. Maaf-maaf.. Dalam beberapa hari nie busy sikit.. Busy?? Yewla, busy siapkan assignment, dengan test itu test ini.. Nilah padahnya bila buat test last minit.. Study pun last minit la.. HEHE

Hari ini sudah tamatnya................................................................... Tamat apa?? HAHA.. Tamat sesi kuliah untuk sem 2 mehh... Huuh, sekejap jew masa berlalu.. Macam tak percaya dah nak masuk Sem 1 untuk Tahun 2.. Jeng jeng, sudah mau jadi senior.. #Excited..


So, tadi tak belajar apa-apa pun.. Just ada test Multimedia dan kelas Programming jew.. Test Multimedia tak payah tanya susah or senang.. Jawapannya korang semua tahu kot.. HEKHEK.. Yang aku nak cerita sekarang nie masa kelas programming tadi.. Lecture tak ajar apa-apa pun tadi.. Just sesi perbualan dan ramah mesra bersama pelajar.. ehh??

Macam pelik jew bunyinya kan? Tapi itulah kenyataan.. HEHE... Lecture kami untuk subjek Programming nie sangat-sangatlah sempoi, baik hati orangnya, funny dan macam-macam lagi laaa.. Kan Puan Mercy?? HEEE.. Itulah nama untuk lecture subjek Programming kiteorang...

Gambar kat atas nielah lecture kesayangan kami sekelas.. Hehe.. #Maaf yew puan.. saya pinjam gambar puan yang nie erk?? Hee... 
Jujur aku cakap, bila lecture nie ajar untuk subjek Programming sem 2 kelas kami, aku serba sedikit faham subjek itu... Kenapa?? Aku tak dapat nak explain macam mana.. Tapi yang pasti aku suka lecture nie mengajar.. Cara pengajarannya best.. HEE, bukan nak mem"bodek" tapi ini kenyataan OKE! 
 
To Puan Mercy: Thanks so much Puan.. Untuk sem 2 nie, Puan adalah lecture yang paling best..HEHE..#Jujur tak tipu  Alhamdulillah saya dapat tangkap serba sedikit apa yang Puan ajar.. Walaupun saya tak dapat score dengan baik dalam test-test sebelum nie, saya faham jugak la.. HEEE..Insya-Allah, untuk final exam saya akan buat betul-betul.. Yeah!! Sem depan Puan ajar kiteorang lagi.. Nie yang bersemangat nak belajar Data Communication..

Okelah, itu jew kot yang aku nak cerita untuk hari ini.. Kang panjang lebar tak larat pulak korang nak baca.. Kan?? Jangan risau, aku bukan blogger yang jenis buat entry panjang lebar..#erk??  HEHE.. Bye bye

P/s: Perkara biasalah kalau seseorang lecture itu menjadi lecture kesayangan pelajar.. So, kalau nak dapat title "Lecture Kesayangan Pelajar", lecture kenelah belajar dari lecture kami, Puan Mercy.. Tak begitu Puan?? Hehe #Gurau jew



Read More