Monday, January 30, 2012

Kisah AJL 26



Hai semua.. Pagi :)

Macam mana dengan pagi Isnin korang? Sempurna tak? Ke ada yang lambat pergi kerja or lambat pergi sekolah? Yewla, kot bangun lambat sebab nak siapkan segala kerja yang ada. Tidur lambat la kate kan.. Hehe..

Seperti mana yang korang semua tahu, malam tadi sudah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 26 dan korang sudah tahu pemenanynya jugak.. Kan? Tak tahu meh tengok kat sini => Keputusan Penuh AJL26. Dan memang tidak ku sangka tidak ku duga #macamtajuklagu lagu Awan Nano penyanyinya Hafiz menjuarai untuk AJL26 kali ini. Plus (+) dapat Anugerah Vokal Terbaik lagi tu.. Terbaik wokk! Hehe

Kenapa aku cakap tidak ku sangka tidak ku duga Hafiz boleh menang AJL26 kali nie? Sebab persembahannya yang selamba dengan pakaiannya hanya baju t-shirt dan seluar track sambil berkaki ayam itu lah yang menjadi juara. Tapi, pengadilan bukan hanya berdasarkan pada pemakaian dan persembahannya sahaja, vokal dan lirik lagu dipertimbangkan.

Dan sememangnya lagu Awan Nano itu mempunya maksud yang tersendirinya dan bermakna. Biarlah apa dia pakai pun, kalau lagu tu memang best memang patut menang pun.. Hehe.. Tahniah Hafiz..Kepada mereka yang tak menang tu tak bermakna mereka tak hebat. Malam tadi saingan hebat-hebat woo.. Nasib baik aku bukan salah satu jurinya. kalau tak pusing deh aku nak pilih.. HAHA

So, ada tak yang pagi nie pergi kelas ke office ke yang hanya berpakaian baju t-shit dan seluar track? Maklumlah Hafiz menang malam tadi. Selalunya kalau artis yang menang tu mesti gayanya menjadi ikutan orang ramai. HEHE

Okelah. Kalau nak cerita panjang lebah pasal AJL26 nie memang sampai bile nak habis daa.. Aku nie bukannya reporter tv3.. HAHA.. Nie pun just nak share sikit-sikit dengan korang semua. Lain orang lain pandangan kan? Aku tahu sekarang mesti ada yang tek berpuas hati sebab Hafiz menangkan?? Hee.. K, Bye bye

P/s: Kepada kak Yuna, walaupun akak tak menang at least saye tahu lagu akak memang terbaik. HEHE.. Bukan rezeki akak kali nie. Insyaallah mungkin rezeki akak untuk AJL27 nanti.. #TeamYuna

1 comments:

hamzah ian said...

tahniah kpd hafiz.. mmg terbaik lah