Sunday, December 10, 2017

Bulan 12, Bulan Manusia Mengawan



Assalamualaikum.

Bunyi ayat tu macam tak berapa sopan. Tapi hakikatnya itulah istilah yang digunakan oleh para photog bila tiba musim cuti sekolah iaitu bulan Disember. 

Betul atau tidak, bulan Disember adalah musim orang kahwin? Sampaikan sehari tu boleh dapat dua ke tiga jemputan. Kenyang perutlah seharian tu. Hahaha

Alhamdulillah, bulan Disember full booking untuk setiap minggu. Orang kata rezeki selepas kahwin. Sampaikan takde rehat dibuatnya. Hari-hari kerja. Isnin hingga Khamis kerja harian tetap manakala Jumaat hingga Ahad kerja sebagai photog. Siang kerja lain dan malam pula belek gambar. Rabak mata wehh. Itupun tak lama mana sebab dah ada suamikan. Apa-apa pun kena utamakan suami. Heee

So wish good luck untuk diri sendiri. Bertabahlah untuk bulan ini sahaja ye. Lepas ni bulan 1 off job untuk fokus siapkan album yang bertimbun tu. Berderet beratur nak disiapkan. Client-client harap bersabar ye. Hehehe

Meh sini nak belanja sikit hasil gambar job minggu lepas dan minggu ini. Selamat mencuci mata youallssss. Hikkk.

Solemnization and wedding reception of Farah & Zahir  |  1, 2 & 3 Disember 2017 | Melaka




Solemnization and wedding reception of Syakira & Azwan  |  8 & 9 Disember 2017 | Negeri Sembilan




Follow:
Instagram: http://instagram.com/ekatikah/
Facebook : Ekatikah

WhatsApp : http://wasap.my/60136494534






Read More

Monday, October 9, 2017

Design Kad Kahwin Berkonsepkan Canon & Nikon



Assalamualaikum.

Setiap majlis perkahwinan pasti adanya kad undangan untuk menjemput para tetamu hadir ke majlis yang diraikan. Cuma bezanya daripada jenis saiz, material dan design kad itu sendiri.

Alhamdulillah, rezeki. Kad perkahwinan aku telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada boss tempat kerja lama. Maklumlah, kerja di kedai kad kahwin sebagai pereka grafik. Semestinya design kad itu daripada kretiviti sendiri. 



Pemilihan design kad bertemakan kamera Canon & Nikon adalah simbol perkenalan aku dan encik suami. Si isteri pengguna kamera Canon dan si suami pengguna kamera Nikon. Cinta si Mr & Mrs Photographer la kiranya. Heee. Acah acah sweet tak? Hahaha

Saiz kad berlipat dan berkonsepkan name card ini telah aku selitkan sedikit details berkaitan khidmat fotografi seperti Page FB, Instagram dan juga contact number. Sambil-sambil menjemput orang, sambil-sambil promote khidmat sendiri tak salahkan? Heee

Daripada segi kuantiti kad pula, bergantung pada berapa jumlah bilangan tetamu yang dijemput. Ada sesetengah orang, menempah separuh sahaja daripada jumlah tetamu yang dijemput. Selebihnya menjemput menggunakan laman sosial seperti whatsapp, facebook dan orang tua-tua ada kata, 'jemput mulut'.

Alhamdulillah, semua jemputan yang hadir telah memeriahkan lagi majlis yang diraikan. Terima kasih pada semua yang sudi datang sama ada daripada jauh mahupun dekat. Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruknya datang daripada selainnya. 

Pada mereka yang ingin menempah kad undangan perkahwinan yang cantik pada harga yang berpatutan, bolehlah layari laman web rasmi di bawah ye.




Read More

Friday, October 6, 2017

Cinta Si Mrs Photographer



Assalamualaikum.

Permulaan Perkenalan

Mula berkenalan pada hujung bulan Januari 2017.  Perkenalan di laman sosial, Facebook telah mempertemukan kami.


Masing-masing mempunyai minat yang sama dalam bidang fotografi. Apa yang bezanya ialah aku lebih kepada fotografi perkahwinan dan dia lebih kepada hobi sahaja. Di dalam group Malaysian Photographers Community, menjadi titik permulaan cerita kami.

Tujuan utama perkenalan adalah untuk belajar lebih mendalam lagi dalam bidang fotografi. Kata encik suami, gambar yang aku share di group cantik-cantik semuanya. Kononnya nak belajar dengan aku le teww. Padahal aku ni takde handal mana pun. Hahaha

Kami Sekampung

Cerita punya cerita, sekali kami sekampung.  Rumah kampung dia adalah laluan aku selalu jogging setiap pagi. Ya Allah, kecil je rupanya dunia ni. Sekampung satu hal, ayah dia pula kawan menjaring sungai dengan ayah aku. Siapa sangka sekarang dah jadi besan. Hahaha.

Selain itu, ayah dia juga selalu menjual di belakang rumah semenjak aku kecil lagi. Siapa sangka, dulu selalu panggil pakcik pakcik dan sekarang panggil ayah. Hihihi

First Date

First date aku dengan encik suami adalah di kedai makan Asam Pedas area Kota Laksamana. Semalam kenal dan esoknya terus jumpa. Berani? Ye!  Aku cabar dia. Kalau betul nak ajak aku keluar makan, datang rumah minta izin dengan ibu ayah. Berani tak beraninya dia, terus datang jumpa ibu ayah. Padahal baru sehari kenal. Itu baru gentleman kan? Hahaha

One Step Closer, Tunang


Selang beberapa minggu perkenalan, kami membuat keputusan untuk ke peringkat yang lebih serius. Alhamdulillah. Setelah berbincang dengan keluarga masing-masing, kami telah mengikat tali pertunangan pada 26 Februari yang lepas.

Dalam fasa pertunangan itulah kami mengenali antara satu sama lain. Belajar untuk kenal diri encik suami dan keluarganya. Maklumlah, kami mana pernah bercinta. Kenal gitu-gitu, tup tup terus bertunang. Hahaha


He's Mine


Alhamdulillah.
Pada 22 September 2017 yang lepas, dengan sekali lafaz, kami sudah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri. Moga ikatan sah yang terjalin ini berkekalan menjadi keluarga bahagia hingga ke Jannah. Amin. 





Itu sahaja cerita ringkas cerita cinta kami. Siapa sangka, perkenalan yang sesingkat ini telah menyatukan kami sehingga ke jinjang pelamin. Itulah yang dikatakan jodoh. Heee 

I love you, Encik Suami 



Read More

Thursday, September 7, 2017

Resepi: Cucur Udang Kering Atkins & Sos Cili Atkins



Assalamualaikum.


Walaupun sudah tinggalkan diet atkins, sampai sekarang tekak masih rindukan menu masakkan atkins. Mana taknya, hampir setahun lebih beratkins. Daripada berat awal 100+ kg, alhamdulillah sekarang dah capai angka 6. Heee

Jadinya semalam tekak teringin nak makan cucur udang kering atkins. Makan cecah sos atkins. Wuu, sedap tak terkata. Hahaha. Resepi seperti di bawah ye.

Resepi Cucur Udang Kering Atkins.


Bahan-bahan yang diperlukan:
- sedikit udang kering
- 2 keping tauhu putih
- 1 biji telur
- daun bawang dan daun sup
- sedikit garam dan serbuk kunyit

Cara-cara menyediakan:
- blend/hancurkan tauhu bersama telur dan udang kering
- campurkan sedikit garam dan serbuk kunyit
- hiriskan daun bawang dan daun sup
- kemudian campurkan sekali ke dalam adunan tauhu tadi
- goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan

Resepi Sos Cili Atkins.


Bahan-bahan yang diperlukan:
- 10 batang cili hidup
- 5 batang cili api merah (kalau nak lebih pedas, lebih cilinya ye)
- 6 ulas bawang putih
-1 cawan air
- 1 inci halia hidup (hiriskan)

Cara-cara menyediakan:
- blend semua bahan kecuali hirisan halia
- panaskan di dalam kuali dan masukkan sekali hirisan halia
- taburkan sedikit garam dan 2 titik stevia
- bila agak mendidik sedikit, tutup api
- nak tahan lama, letak dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais

Simple bukan? Bolehlah cuba nanti ye. Hehehe

Menu ni sesuai untuk semua fasa atkins. Tetapi tidak digalakkan untuk mereka yang dalam induction fasa 1. Heee. Selamat mencuba.



Read More

Monday, September 4, 2017

Rendang Utara Untuk Cik Tunang



Assalamualaikum.


Setiap kali raya, pasti akan ada menu rendang. Tapi sepanjang umur 24 tahun, ini merupakan kali pertama masak rendang dengan sendirinya. Wahh, bangga jap. Hahaha.

Rajin pun bersebab ni. Hahaha. Cik Tunang request nak makan rendang utara hasil air tangan bakal isterinya sendiri. Ok, kita pun pulun masak rendang utara yang menunya dapat daripada pakcik google. Hehehe

Buat lebih sebab nak bagi sekali keluarga dia rasa. Alhamdulillah, boleh kenyanglah perut makan. Cik tunang makan siap kenyit mata kat kite lagi ok. *melting* hahaha

Ayah ada pesan. Dah nak jadi bini orang, kena rajin memasak. Lagi-lagi dapat suami yang jenis suka makan. Haa, inilah peluang nak tambat hati dia. Cewahhh. Hahaha

Aku ni memang jenis suka memasak. Lagi-lagi kalau ada menu baru. Tapi itulah, sebelum ni memasak hanya menu diet. Sekarang ni kena belajar masak menu harian biasa. Lebih-lebihn lagi masakan kampung. Itu kegemaran cik tunang kite. Hehehe

Kena tuntun ilmu memasak dengan ibu hari-harilah nampaknya ni. Hehehe

#countingdays



Read More